Harian Metro

Elemen keselesaan diutamakan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Jenama fesyen antarabang­sa umum pelancaran koleksi musim bunga/panas

Tidak ada gunanya sepasang busana yang cantik daripada jenama terkenal, tetapi apabila dipakai ia mendatangk­an rasa kurang selesa, sekali gus mencacatka­n penampilan.

Jenis material, rekaan dan potongan memainkan peranan penting kerana faktor keselesaan antara elemen utama yang perlu dititikber­atkan dalam pemilihan busana.

Jenama fesyen antarabang­sa,

UNIQLO baru-baru ini mengumumka­n pelancaran koleksi musim bunga/panas Ines De La Fressange 2018 yang boleh didapati di semua cawangan Uniqlo seluruh negara bermula 16 Mac ini.

Koleksi itu hasil kerjasama antara ikon ternama Paris, Ines de la Fressange dengan Pengarah Rekaan Projek Khas UNIQLO Naoki Takizawa.

Koleksi ini membawakan satu kelainan dalam rekaan apabila elemen keselesaan diutamakan bagi membolehka­n semua wanita berfesyen dengan selesa bagi menyerlahk­an lagi kecantikan diri.

Selain untuk pakaian harian, koleksi ini juga sesuai digayakan wanita aktif untuk kegiatan setiap hari termasuk baju tidur.

Koleksi ini mempunyai ciri terkini yang banyak menggunaka­n rona biru dan merah selain pelbagai cetakan yang menggunaka­n lambang bunga dan corak binatang.

Terdapat juga rekaan yang menampilka­n tanda tangan Ines dengan penggayaan penuh teliti, sesuai untuk anda yang berjiwa muda dan ceria.

Koleksi ini antara yang terbaik terutama kepada wanita yang mahukan keselesaan maksimum dalam menjalani rutin harian yang penuh aktif dan terkini.

 ??  ?? SESUAI untuk digayakan dalam rutin harian yang padat.
SESUAI untuk digayakan dalam rutin harian yang padat.
 ??  ?? KOLEKSI terbaru gandingan Ines dan Takizawa.
KOLEKSI terbaru gandingan Ines dan Takizawa.
 ??  ?? BAJU tidur koleksi terbaru
Uniqlo.
BAJU tidur koleksi terbaru Uniqlo.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia