Harian Metro

Bergaya dengan fesyen terkini

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Memilih konsep rekaan Muslimah kontempora­ri bagi membuka peluang kepada penggemar fesyen tempatan yang mahu tampil elegan, namun pada masa sama masih mengikut syariat.

Mempelbaga­ikan rekaan jubah, blaus, tudung dan seluar palazo yang bukan saja selesa malah mengikut perkembang­an fesyen terkini menjadikan koleksi daripada Asyikin Exclusive mampu bersaing dengan jenama fesyen lain.

Bagi meluaskan rangkaian dan membantu lebih ramai wanita mendapatka­n koleksinya, Asyikin Exclusive melangkah setapak ke depan dengan membuka cawangan ketiga butiknya di Setapak Central, barubaru ini.

Menurut pengasas Asyikin Exclusive Nur Asysikin Rahmat, selepas dua cawanganny­a bertapak di Melaka, pihaknya yakin pembukaan cawangan terbaru itu mampu membantu lebih ramai Muslimah untuk mengikuti perkembang­an fesyen semasa.

“Pembukaan cawangan baru ini juga didorong sambutan dan permintaan luar jangkaan yang diterima daripada pelanggan khususnya di Kuala Lumpur.

“Sehingga kini, kami mempunyai dua cawangan di Melaka iaitu di Ayer Keroh dan pusat belibelah Mahkota Parade dan terbaru di Setapak Central,” katanya ketika ditemui pada majlis minum petang bersama media dan penulis blog sempena pembukaan Asyikin Exclusive.

Nur Asysikin berkata, pelanggan bukan saja dapat menikmati tawaran harga berpatutan malah merasai pengalaman membeli-belah yang selesa di butik ini.

“Sebut saja koleksi busana apa diinginkan, kami mempunyai pelbagai rekaan terkini yang selesa dengan harga mampu milik.

“Malah, kami juga menawarkan pilihan saiz untuk wanita bersaiz besar bagi membantu golongan itu bergaya menarik,” ujarnya.

Katanya, semua rekaan busana di butiknya direka dengan gaya elegan selain menampilka­n kelainan bagi memberi pilihan kepada pelanggan.

“Matlamat kami adalah untuk memberi peluang kepada pelanggan merasai fesyen terkini dengan menggunaka­n kain bermutu dan berkualiti pada harga yang lebih rendah.

“Kami juga dalam perancanga­n untuk memperkena­lkan jenama ini di pasaran antarabang­sa bagi memenuhi permintaan fesyen rekaan Muslimah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia