Harian Metro

Sokongan lebih baik pada kaki

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Tidak lengkap rasanya sepasang busana tanpa dipadankan sepatu pilihan yang cantik dan memberi keselesaan ketika disarung.

Ada memilih kasut bertumit kerana inginkan penampilan lebih tinggi dan elegan, tidak kurang pula yang gemarkan kasut bertutup yang ranggi atau tapak rata untuk memudahkan pergerakan.

Apa juga pilihan anda, kasut antara keperluan dan ia bukan sekadar memenuhi tuntutan fesyen semata-mata.

Menyediaka­n pilihan kepada wanita dalam memilih kasut digemari, jenama Thecalasho­e tampil dengan koleksi kasut yang memberi keselesaan kepada pemakainya.

Diusahakan Hazwan

Faiz Abd Rahim dan Badruzzama­n Zakarya, koleksi Thecalasho­e mempunyai rekaan agak ranggi juga feminin bagi memberi pilihan kepada pelanggan.

Menurut Hazwan Faiz, pihaknya menjanjika­n keselesaan supaya pelanggan tetap selesa walaupun memakai kasut bertumit tinggi.

“Bahagian dalam kasut yang lembut memberi sokongan lebih baik kepada kaki. Untuk aspek keselamata­n, tapak kasut

“Sebelum ini, kami menyasarka­n pelanggan remaja, namun kini rekaan semakin meluas dan sesuai digayakan pada usia 35 tahun dan ke atas.

“Selain memenuhi selera pelanggan, kasut ini direka dengan ciri yang dicari ramai wanita bertudung kerana ia menutup kaki sebaik-baiknya bagi menjaga aurat mereka,” katanya.

 ??  ?? RANGGI dan terkini.
RANGGI dan terkini.
 ??  ??
 ??  ?? SELESA digayakan walaupun ketika
berjalan dalam tempoh lama.
SELESA digayakan walaupun ketika berjalan dalam tempoh lama.
 ??  ?? CANTIK dan unik.
CANTIK dan unik.
 ??  ?? DIREKA dengan penuh ketelitian.
DIREKA dengan penuh ketelitian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia