Harian Metro

Melaram dengan aksesori antik

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Himpunan barang kemas dengan rekaan eksklusif

Aksesori termasuk barangan kemas klasik mempunyai nilai tersendiri yang memberi kepuasan sukar diucap pemiliknya. Mungkin ramai beranggapa­n aksesori antik dan klasik ini hanya diminati golongan berusia, namun ternyata tanggapan itu salah.

Tanpa mengira usia, koleksi aksesori klasik mempunyai peminat tersendiri kerana mampu mencermink­an keunikan identiti seseorang khususnya wanita yang mementingk­an gaya.

Bagi membantu pengumpul atau peminat aksesori klasik untuk mendapatka­n koleksi barangan kemas antik, jenama barangan kemas Chantique yang juga anak syarikat milik kumpulan Habib Jewel Sdn Bhd (HABIB) membuka lembaran baru dengan pembukaan bilik pamerannya di Ampang Point, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan HABIB

Datuk Seri Meer Habib berkata, sambutan yang menggalakk­an daripada peminat barangan aksesori klasik mendorong pihaknya membuka Chantique.

Menurutnya, dengan lokasi strategik, Chantique menyediaka­n bilik pameran yang lebih selesa dengan rekaan konsep moden untuk memberi keselesaan kepada pelanggan.

“Kami menawarkan koleksi barangan kemas dengan rekaan eksklusif terdiri daripada rekaan antik, klasik dan unik khusus buat penggemar koleksi barangan kemas.

“Lebih istimewa apabila kami menawarkan harga terbaik untuk setiap koleksi barangan kemas emas, berlian dan permata,” katanya ketika Majlis Perasmian Chantique.

Katanya, bilik pameran Chantique bukan saja menjual koleksi barangan antik dan klasik malah turut membeli balik barangan kemas emas, berlian dan batu permata daripada pelanggan.

“Kakitangan berpengala­man lebih 30 tahun akan membuat penilaian barangan kemas dan menawarkan harga yang lebih tinggi serta menarik. Buat masa ini, kami mempunyai dua bilik pameran di sekitar Lembah Klang iaitu di Ampang Point dan di Kompleks PKNS,

Shah Alam.

“Lebih jelas lagi, aktiviti utama kami di sini adalah menyediaka­n pelbagai rekaan antik dan klasik yang mempunyai nilai sentimenta­l serta estetika buat pengumpul barang kemas. Dalam pada itu, kami turut menawarkan koleksi barangan kemas terpakai yang masih dalam keadaan baik dan sempurna pada harga menarik,” ujarnya.

Katanya, antara koleksi rekaan antik dan klasik yang ditawarkan di Chantique adalah kerongsang toh, cincin buah kana, koleksi intan, dinar emas dan koleksi berlian serta permata.

Pelanggan yang tidak mempunyai kelapangan untuk berkunjung di bilik pameran Chantique boleh melayari laman web www. chantique.com.my dan melalui laman itu anda boleh melakukan tempahan dan temujanji untuk mendapatka­n koleksi yang diinginkan.

 ?? FOTO: ?? MEER Habib ketika sesi lawatan ke bilik pameran Chantique.
FOTO: MEER Habib ketika sesi lawatan ke bilik pameran Chantique.
 ??  ?? BARANGAN kemas klasik dan antik.
BARANGAN kemas klasik dan antik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia