Harian Metro

Baju berhud sedondon

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Kekurangan pilihan baju berhud sedondon untuk lelaki dan wanita khususnya pasangan suami isteri yang menutup aurat menjadikan jenama fesyen tempatan Sha Zaha tampil dengan busana santai sedondon.

Koleksi patuh syariah Hoodple 1.0 yang didatangka­n dalam tiga kombinasi warna eksklusif selain direka bercirikan Islamik dan moden itu antara koleksi baju berhud yang berbaloi untuk dimiliki.

Menurut pengasas

Sha Zaha, Nor Zaleha

Hasan Basri, dihasilkan menggunaka­n material Fleece, koleksi Hoodple 1.0 selesa dipakai dan sesuai digayakan di tempat sejuk.

“Baju berhud sedondon ini direka labuh berbanding biasa juga sesuai dipakai ketika menunggang atau membonceng motosikal. Ia juga didatangka­n dalam pilihan saiz bermula S hingga 3XL.

“Koleksi lelaki dijual pada harga RM110 manakala untuk koleksi wanita, RM120,” katanya.

Nor Zaleha berkata, selain mementingk­an keselesaan serta kualiti material yang tidak berbulu, baju berhud ini juga dilengkapi poket bagi memudahkan pemakai.

“Walaupun hanya mempunyai satu warna pilihan namun kami percaya ia mampu menjadi pilihan khususnya buat pasangan suami isteri yang ingin bergaya sedondon.

“Selain dipakai ketika ke tempat bercuaca sejuk, Hoodple 1.0 ini juga boleh digayakan mengikut kesesuaian dan kemahuan masing-masing,” ujarnya.

Katanya, Hoodple

1.0 antara koleksi yang praktikal kerana selain selesa, ia direka labuh dan menutup aurat wanita dengan sempurna.

“Agak sukar untuk mendapatka­n baju berhud yang menepati semua faktor diinginkan pelanggan terutama keselesaan dan ia menjadi faktor utama kami menghasilk­an koleksi ini.

“Dengan fabrik antibulu, baju berhud ini tahan lasak walaupun digunakan berulang kali,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia