Harian Metro

Rekaan kasut untuk pelari terpantas

-

Berusaha mengulangi kejayaanny­a di Maraton Tokyo tahun lalu, pelari maraton Wilson Kipsang kembali tekad untuk memecahkan rekod sendiri dengan memakai kasut rekaan terkini, Adidas Adizero Sub2.

Direka khusus untuk atlet elit pada hari perlumbaan, Adidas Adizero Sub2 adalah kasut terkini yang paling maju, pantas, selesa dan ringan yang pernah dihasilkan jenama itu.

Menerapkan teknologi baru BOOST Light, rekaan ini dilakukan dengan kerjasama atlet berprestas­i tinggi Adidas termasuk Wilson sendiri, yang sudah berlatih untuk melakukan sejarah dengan melengkapk­an larian maraton di bawah tempoh dua jam.

Kini, Adidas menawarkan koleksi kasut terkini dan tercanggih itu kepada pengguna di seluruh dunia.

Menurut Wilson, larian maraton bermula sebelum garis permulaan yang perlu dilakukan sebaik mungkin. Selepas menjalanka­n latihan, dia komited untuk kembali memecahkan rekod tahun ini.

“Ini adalah kasut larian terpantas dan paling ringan yang pernah saya gunakan dan sangat membantu saya ketika menyertai maraton. Saya juga berharap ia dapat membantu saya mencapai masa terpantas dalam perlumbaan tahun ini,” katanya.

Seperti kereta Formula Satu (F1) yang direka untuk perlumbaan jalan raya berkelajua­n tinggi, Adidas Adizero Sub2 direka untuk pelari terpantas di seluruh dunia dengan dilengkapi pelbagai keistimewa­an.

Adidas Adizero Sub2 dijual pada harga RM800 dan boleh didapati secara dalam talian dan di rangkaian terpilih Adidas bermula 15 Mac ini.

 ??  ??
 ??  ?? WILSON
WILSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia