Harian Metro

LIMA BOT TERBAKAR

- Norasikin Daineh dan Ainul Durmahyant­y Durming news@nstp.com.my

Kejadian lima bot milik Pasukan Gerakan Am (PGA) terbakar di jeti Pangkalan Polis Marin di sini, semalam, dipercayai berlaku ketika proses mengisi minyak dilakukan ke tangki salah sebuah bot terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, empat bot iaitu bot Banggi 27, Vanguard 11, Vanguard 12 serta Cenderawas­ih musnah 100 peratus, manakala bot Banggi 28 terbakar 10 peratus.

Bagaimanap­un, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut sumber, seorang jurumudi sedang mengisi minyak di sebuah bot sebelum melihat api menyala di bahagian tempat duduk belakang berdekatan dengan saluran minyak ke dalam tangki bot.

“Ketika api menyala, jurumudi bersama seorang anggota polis yang membantuny­a mengisi minyak ke dalam bot berusaha memadam api, namun tidak berjaya.

“Api semakin marak dan dua anggota sempat menyelamat­kan diri,” katanya.

Sumber berkata, kejadian itu menyebabka­n bot musnah dan rosak teruk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Terdahulu, Ketua

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.50 pagi.

“Seramai 12 pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian sebelum api berjaya dipadamkan menggunaka­n semburan buih jam 12.12 tengah hari,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Katanya lagi, tiada kecederaan dan kematian dilaporkan.

“Bagaimanap­un, punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia