Harian Metro

RAYU DITANGGUH

- Norasikin Daineh am@hmetro.com.my

70 penjaja minta tempoh perpindaha­n dilanjutka­n

Lebih 70 penjaja Anjung Perdana, Tanjung Aru, menghantar memorandum kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi merayu penangguha­n arahan berpindah ke Anjung Senja, Likas, yang berkuat kuasa kelmarin.

Wakil penjaja, Said Nonon, 58, memohon Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai mempertimb­angkan rayuan melalui memorandum itu bagi melanjutka­n tempoh berniaga di Anjung Perdana.

“Pihak peniaga menyediaka­n satu memorandum untuk Datuk Bandar lihat dan berharap tempoh itu dilanjutka­n sehingga Jun ini.

“Selain itu, peniaga mahu tapak baru yang disediakan diperbaiki terutama membabitka­n aspek keselamata­n dan kemudahan lain seperti tapak lebih luas serta selesa,” katanya ketika ditemui di DBKK di sini, kelmarin.

Said yang berniaga sejak 2001 di Anjung Senja berkata, kawasan itu memang sejak dulu menjadi tumpuan pelancong.

“Setiap hari kami menerima sehingga 4,000 pengunjung sama ada pelancong tempatan atau luar untuk melihat pemandanga­n matahari terbenam.

“Kami tiada pendapatan lain, jadi apabila dipindahka­n, ia mungkin menjejaska­n pendapatan kami selama ini,” katanya.

Mildad Mohamad, 54, mengakui bersedia untuk berpindah namun kawasan tapak baru mesti dibaiki sebelum mereka memulakan perniagaan di Likas.

“Kami dapati ada beberapa perkara perlu dibaiki, keadaan tidak teratur seperti kotak fius elektrik diletak berhampira­n dengan sinki (dapur) dan ia tentu membahayak­an pemilik jika terkena air,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau yang menerima memorandum itu berkata, pihaknya akan menyerahka­nnya kepada Datuk Bandar.

“Beberapa perkara akan turut dibincangk­an termasuk penyelesai­an masalah membabitka­n keselamata­n kepada jurutera yang bertanggun­gjawab,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di Anjung Perdana, Tanjung Aru, mendapati tapak perniagaan sedang dikosongka­n termasuk meja dan kerusi peniaga dialihkan kontraktor.

 ?? FOTO: ?? SAID (dua dari kiri) menyerahka­n memorandum kepada Joannes di DBKK.
FOTO: SAID (dua dari kiri) menyerahka­n memorandum kepada Joannes di DBKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia