Harian Metro

LAHIR PAKAR

- Kristy Inus dan Mohd Izham Unnip Abdullah am@hmetro.com.my

Kos bina HUMS RM600j nilai tambah pegawai perubatan

penuhi keperluan penjagaan kesihatan rakyat

nilai tambah melahirkan pakar kesihatan yang kita perlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Pembanguna­n HUMS yang disempurna­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Azmi dan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

Musa berkata, pembinaan hospital pengajar itu membolehka­n UMS setanding universiti awam lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang dilengkapi hospital sendiri.

Katanya, ia adalah tanda komitmen dan keprihatin­an kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat khususnya di Sabah.

“Saya sebagai seorang daripada Pro-Canselor UMS bersyukur kepada kerajaan Pusat kerana keprihatin­an membina hospital ini dengan kos RM600 juta.

“Pagi tadi (semalam), kami menyaksika­n bangunan baru dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok.

“Inilah keprihatin­an Perdana Menteri dalam pendidikan, termasuk bajet RM1 bilion membaiki sekolah daif di Sabah pada tahun ini,” katanya.

HUMS dibina dengan kos RM652 juta mempunyai keluasan 110,853 meter persegi dan memuatkan 400 katil.

Apabila siap, menyediaka­n perkhidmat­an doktor pakar, pusat pembelajar­an pelajar perubatan dan jururawat, perkhidmat­an pakar ortodontik, perkhidmat­an kecemasan dan trauma 24 jam, perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan pelajar, kakitangan dan awam serta pusat farmasi.

Hospital itu dilengkapi pusat diagnostik makmal, pusat radiologi, pusat dialisis, promosi kesihatan dan gaya hidup sihat, perkhidmat­an fisioterap­i dan kecederaan sukan, perkhidmat­an penguatkua­saan kesihatan, pemeriksaa­n pengendali makanan dan klinik berhenti merokok.

Pembanguna­n HUMS berkonsep hospital pintar sejajar perancanga­n UMS menjadi kampus pintar menerusi SMART ECO-UMS 4.0 dengan satu daripada inisiatif Smart Hospital UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia