Harian Metro

Pelajar tahfiz belajar kemahiran

-

Pelajar di sembilan sekolah tahfiz di seluruh Sabah bakal menerima pendidikan kemahiran daripada GiatMARA dalam masa terdekat ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ariffin Arif, berkata, ia memberi pendedahan kepada pelajar tahfiz itu mengenai ilmu kemahiran selain pembelajar­an al-Quran.

“Saya berbincang dengan pengurusan GiatMARA dan mereka bersetuju melaksanak­an inisiatif ini kerana mahu anak (pelajar tahfiz) mampu berdikari dengan kemahiran teknikal selepas tamat pembelajar­an, sekali gus memudahkan mereka mendapatka­n pekerjaan.

“Antara pusat tahfiz dicadangka­n ialah Institut Tahfiz Negeri Sabah serta Tahfiz Darul Yatama serta beberapa sekolah lain yang sesuai,” katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Tokoh Nilam Zon Selatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Saga-Saga, di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Ariffin berkata, usaha menaik taraf prasarana di pusat tahfiz terus diperkasa apabila 32 pusat terbabit di Sabah menerima bantuan pendawaian tahun ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, kerajaan Pusat memperuntu­kkan RM400,000 untuk tujuan itu iaitu sebahagian daripada RM50 juta yang disalurkan di seluruh negara.

“Saya juga berharap kerajaan dapat membina sebuah sekolah khas untuk pelajar tahfiz yang tercicir dalam akademik sebagaiman­a yang akan dibina di Perak tidak lama lagi,” katanya.

“Usaha yang dipersetuj­ui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat membantu pelajar terbabit mendapat pekerjaan selepas tamat belajar,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa peringkat tertinggi berkaitan sekolah tahfiz bersetuju membina sebuah sekolah khas berkenaan di Bagan Datok, Perak.

Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS) akan menjadi nilai tambah dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar perubatan bagi memenuhi keperluan rakyat negeri itu.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata, ketika ini, Sabah masih berdepan kekurangan tenaga pakar dalam bidang perubatan selain memerlukan prasarana kesihatan untuk manfaat rakyat.

“Kemudahan ini (HUMS) mampu memenuhi keperluan rakyat di Sabah, selain pengajaran dan penyelidik­an.

“Kami tahu, doktor pakar di Sabah masih kurang, jadi hospital pengajar ini menjadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia