Harian Metro

Jambatan Batang Samarahan siap Mei

-

Kota Samarahan: Pembinaan Jambatan Batang Samarahan yang menghubung­kan daerah ini dan Asajaya siap Mei depan, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk khususnya menjelang Sambutan Hari Gawai.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek pembinaan jambatan itu siap 93 peratus apabila semua kerja kritikal, termasuk struktur utama jambatan selesai kerja penyambung­an.

Menurutnya, sebaik jambatan itu siap, dijangka digunakan 4 Jun ini, sekali gus membawa berita gembira kepada pengguna jalan raya, khususnya mereka yang menyambut Hari Gawai.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan perkembang­an pembinaan jambatan ini kerana mengikut jadual yang ditetapkan selain kontraktor berusaha menyiapkan projek ini pada Mei ini. Kementeria­n memantau rapat projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan mengejut ke tapak projek Jambatan Batang Samarahan, di sini, semalam.

Jambatan bernilai RM93 juta sepanjang 774 meter ini merentasi Sungai Batang Samarahan menghubung­kan penduduk Kampung Baru dengan Kampung Tambey di Asajaya selain menjimatka­n masa perjalanan tanpa perlu menggunaka­n feri untuk menyeberan­gi sungai.

Dalam perkembang­an lain, Fadillah berkata, beberapa lagi jambatan yang akan melengkapk­an jalan pesisir pantai di negeri ini kini dalam proses tender antaranya Jambatan Batang Lupar di Sri Aman, Jambatan Batang Rambungan di Lundu dan Jambatan Batang Igan di Mukah.

 ??  ?? FADILLAH (tengah) ketika lawatan mengejut ke tapak pembinaan Jambatan Batang, Samarahan.
FADILLAH (tengah) ketika lawatan mengejut ke tapak pembinaan Jambatan Batang, Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia