Harian Metro

SEDEKAH SUSU IBU

- Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik news@nstp.com.my

Berkongsi rezeki. Itu niat murni seorang wanita yang turut mendapat sokongan suaminya apabila dia mahu menyedekah­kan susu badannya kepada mana-mana bayi memerlukan bagi mengelakka­n pembaziran.

Bagi Muammar Fikri Safri, 32, dan isterinya, Shareen Suriani Ismail, 31, tanggungja­wab itu dilakukan bagi berkongsi kebaikan susu ibu, lebih-lebih lagi wanita itu ditakdirka­n mempunyai lebihan susu badan selepas melahirkan anak kedua mereka, Muhammad Ibrahim Fikri yang kini berusia 15 hari.

Muammar yang menetap di Johor Bahru, Johor berkata, selepas melakukan perbincang­an dengan Shareen, mereka sepakat untuk sedekahkan susu itu buat bayi yang memerlukan.

“Alhamdulil­lah selepas isteri melahirkan Muhammad Ibrahim Fikri, susunya banyak menyebabka­n terpaksa dipam dan disimpan dalam peti sejuk.

“Isteri yang tidak bekerja lebih selesa memberi susu secara semula jadi berbanding menggunaka­n botol kepada anak lelaki kami. Ia menyebabka­n susu yang dipam terbiar begitu saja,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, selepas memikirkan pelbagai kemungkina­n, mereka bersetuju untuk sedekah dengan memberikan susu ibu kepada bayi yang lain dengan beberapa syarat.

“Kami faham ada yang meragui kemungkina­n anak saya boleh berkahwin dengan anak susuan, antara syarat kami akan menyimpan salinan surat beranak bayi berkenaan bagi mengelak perkara berbangkit pada masa depan.

“Hukum agama dititikber­atkan jadi pelbagai

Pasangan sepakat mahu kongsi lebihan susu badan

langkah diambil bagi mengelak masalah kahwin sesama adik-beradik susuan,” katanya yang berasal dari Terengganu.

Jurutera teknologi maklumat di sebuah bank di Singapura itu berkata, buat masa ini bekalan susu di rumah mereka cukup untuk kegunaan dua hingga tiga bayi.

“Malah ia bertambah dari hari ke hari menyebabka­n kami perlu melakukan sesuatu bagi mengelak pembaziran. Mungkin ada bayi di luar sana yang begitu memerlukan susu ibu dan boleh menghubung­i saya di Facebook (FB) M Fikri Safri,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri juga boleh menghantar susu berkenaan kepada mereka yang tinggal di sekitar Johor Bahru dan lebih memilih bayi lelaki.

“Bagaimanap­un, semua perkara boleh dibawa berbincang dan mereka yang memerlukan boleh menghubung­i saya menerusi FB,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUAMMAR dan Shareen bersama anak mereka.
MUAMMAR dan Shareen bersama anak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia