Harian Metro

JEMARI ABANG IJAZAH

- lapor Norhadiani Baharom

Keempat-empat mereka seringkali disindir kerana memilih untuk menjadi jurusolek meskipun mempunyai ijazah bidang lain. Namun ia tidak melemahkan semangat mereka menyolek artis terkenal termasuk Neelofa, Datuk Seri Siti Nurhaliza

dan meraih pendapatan sehingga ribuan ringgit untuk satu sesi solekan,

“Belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya jadi jurusolek?”. Sindiran dan pertanyaan itu sudah lali didengar empat pemuda sebaik ada yang mengetahui latar pendidikan mereka.

Meski ada yang beranggapa­n pilihan kerjaya mereka sebagai jurusolek selebriti, seolah mempersia-siakan segulung ijazah yang diperolehi, namun ia sedikitpun tidak membuatkan Syed Mohammad Faizal Syed Noh (Syed), 34, Syed Mohamad Fahmi Syed Shabthar (Syedewa), 30, Ahmad Muzairi Mohd Muzamer (Ary Muzamer), 31, serta Mohammad Sahir Mohd Sabri (Sahir), 29, menyesal.

Apatah lagi kini mereka berupaya menjana pendapatan lumayan setiap bulan sehingga mencecah lima angka, hasil karya solekan yang mendapat permintaan ramai.

Syedewa yang memiliki Ijazah dalam Teknologi Kimia dan Sarjana Genetik Molekul dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mampu menerima bayaran sehingga RM2,000 untuk satu sesi solekan pengantin.

“Memang tidak dinafikan selalunya pendapatan boleh mencecah lima angka, tetapi kewangan harus dirancang dengan baik memandangk­an pendapatan jurusolek tidak menentu,” katanya yang turut menyolek selebriti terkenal antaranya Neelofa, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozita Che Wan dan Ziana Zain.

Dia mengakui tidak pernah menyesal dengan keputusan dibuat, meskipun tawaran pekerjaan dalam industri penyelidik­an sains sentiasa terbentang luas, selain menjanjika­n pendapatan lebih terjamin.

“Sebenarnya saya berhasrat melanjutka­n pengajian di dalam Komunikasi Massa tetapi keluarga meminta saya meneruskan pengajian dalam bidang sains,” katanya.

Bagaimanap­un, ketika di universiti dia terbabit dalam persembaha­n teater dan belajar mengenai solekan yang memang diminati sejak kecil.

“Saya dan rakan, Nuex

Rosli membuka blog dan laman sesawang. Mungkin sudah tertulis rezeki kami, ada majalah mengundang kami untuk menata rias pelakon Ainul Aishah dan sesi solekan itu dikendali Nuex,” katanya yang sudah 10 tahun terbabit dalam bidang ini.

Bagi Syed Faizal yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perhubunga­n Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, minat menyolek berputik sejak berusia 12 tahun.

“Wajah ibu menjadi kanvas pertama dan saya bersyukur kerana ibu tidak menghalang minat saya, cuma dia pesan fokus pada pelajaran sampai dapat segulung ijazah, kemudian saya berhak menentukan pilihan kerjaya,” katanya.

Menurutnya, ketika bekerja, dia menyolek pada setiap hujung minggu, tetapi sejak dua tahun lalu dia mengambil keputusan menjadikan bidang solekan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Berbeza dengan Syedewa dan Syed Faizal, Ary

Muzamer mula jatuh cinta dengan dunia solekan sesudah melangkah ke universiti.

Graduan Pengurusan Seni Kulinari UiTM ini memanfaatk­an cuti semester sewaktu peringkat diploma untuk menyolek pelanggan bagi menampung pendapatan keluarga.

“Masa zaman kanak-kanak, saya seperti kebanyakan budak lelaki lain yang tidak tahu menahu langsung apa itu alat solek, tetapi ketika masih belajar ada kenalan mengajak saya menyertai kelas solekannya.

“Pertama kali belajar menyolek, saya terus jatuh suka kerana sangat tertarik dengan keindahan di sebalik

make over (perubahan) yang mampu mengubah wajah biasa-biasa kepada luar biasa,” katanya.

Sementara itu, Sahir juga graduan UiTM Shah Alam dengan kelayakan Ijazah Seni Rekaan, berkecimpu­ng dalam bidang solekan atas dasar ajakan rakan jurusolek senior.

Antara artis tempatan yang pernah ditatarias adalah Jihan Muse, Sharifah Sakinah, Sherry Ibrahim dan Hunny Madu.

“Kalau ikutkan bukan saya yang memilih bidang solekan, tetapi bidang ini yang memilih saya. Rakan-rakan terdiri daripada jurusolek senior, mereka lah membuka peluang kepada saya.

“Tak sangka minat menyolek kawan-kawan masa kecil-kecil dulu, rupanya takdir perjalanan karier saya sekarang ini. Mula berjinak-jinak menjadikan ia satu sumber pendapatan masa belajar dulu.

“Terus terang saya tidak pernah merasakan satu kerugian tidak menggunaka­n kelayakan yang saya ada di dalam bidang sepatutnya kerana memang kebanyakan teman graduan seni rekaan, akhirnya menceburi bidang lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SYEDEWA memiliki Ijazah Teknologi Kimia dan Sarjana Genetik Molekul dari UKM.
SYEDEWA memiliki Ijazah Teknologi Kimia dan Sarjana Genetik Molekul dari UKM.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HASIL solekan empat pemuda pada model mereka.
HASIL solekan empat pemuda pada model mereka.
 ?? FOTO: AZIAH AZMEE ?? ARY mula meminati bidang solekan ketika melangkah ke universiti.
FOTO: AZIAH AZMEE ARY mula meminati bidang solekan ketika melangkah ke universiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia