Harian Metro

CURI FERRARI SULTAN JOHOR

Penguat kuasa KPDNKK temui 30 tan minyak masak bersubsidi disorok di stor syarikat pemborong

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

Punca kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi satu kilogram di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang sejak beberapa minggu lalu terjawab apabila Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menemui 30 tan minyak masak disorok di sebuah stor syarikat pemborong di Taman Bullion Mewah, dekat sini, kelmarin.

Penemuan itu hasil risikan dan pemeriksaa­n dilakukan penguat kuasa KPDNKK Kuala Lumpur selepas mendapati syarikat pembeli di Taman Mastiara, Jalan Ipoh, yang sepatutnya menerima bekalan minyak masak itu tidak beroperasi.

Sebaliknya, 30 tan minyak masak berkenaan ‘dilencongk­an’ ke stor sebuah syarikat pemborong di Taman Bullion Mewah yang tidak mempunyai leseh sah menyimpan barangan kawalan itu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Kuala Lumpur Wan Mhd Yusof W Taib berkata, bertindak atas maklumat diperoleh pihaknya menjalanka­n Op Goreng II dengan menyerbu syarikat pemborong berkenaan sebelum menemui 6,205 peket minyak masak bersubsidi satu kilogram disimpan rapi dalam kotak.

Katanya, hasil siasatan mendapati syarikat itu melanggar peraturan mengikut Seksyen 21(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 memperuntu­kkan yang sesebuah syarikat perlu mempunyai lesen borong sah (CSA) untuk menyimpan bekalan minyak yang tersenarai sebagai barang kawalan. “Sebelum menyerbu syarikat pemborong berkenaan, penguat kuasa KPDNKK terlebih dulu membuat risikan serta meneliti dokumen termasuk invois dan penghantar­an (DO) daripada syarikat pembungkus­an minyak masak.

“Kami dapati wujudnya maklumat meragukan sebelum sepasukan penguat kuasa KPDNKK membuat pemeriksaa­n dan menemui 30 tan minyak masak disorok di sebuah stor syarikat pemborong di Taman Bullion Mewah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Wan Mhd Yusof berkata, syarikat pemborong itu didapati menjalanka­n operasi menggunaka­n CSA tamat tempoh sejak 5 Februari lalu.

“Jadi, semua 30 tan minyak masak itu kami rampas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan tanpa lesen sah.

“Nilai keseluruha­n minyak masak dirampas itu adalah RM11,512,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENGUAT kuasa KPDNKK Kuala Lumpur rampas 6,205 peket minyak masak yang disembunyi­kan di Taman Bullion Mewah.
PENGUAT kuasa KPDNKK Kuala Lumpur rampas 6,205 peket minyak masak yang disembunyi­kan di Taman Bullion Mewah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia