Harian Metro

JUBLI PERAK IBU TUNGGAL

- > 24

Hulu Klang: Pengerusi Skim Wajib Tayang, Zaharin Aris menyangkal dakwaan dibuat pengarah dan penerbit, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mempertika­ikan kredibilit­i pihaknya.

Zaharin berkata, beliau kecewa dengan dakwaan Ahmad Idham mengenai sikap endah tak endah ahli jawatankua­sa Skim Wajib Tayang seolah-olah menindas penerbit kecil.

“Sebelum keputusan dibuat bagi tentukan tarikh dan jumlah pawagam diperoleh penerbit untuk tayangan, ahli jawatankua­sa Skim Wajib Tayang akan membuat pratonton dan kemudianny­a, mesyuarat untuk putuskan keputusan.

“Kami ada peraturan ditetapkan dan tidak boleh langgar,” katanya.

Ahmad Idham dalam kenyataann­ya kepada Harian Metromenda­kwa lima undi menentukan lokasi tayangan filem tempatan daripada Persatuan Penerbit Filem (PFM), manakala panggung hanya satu undi.

Zaharin berkata, isu undi didakwa itu bukan lima, tetapi satu saja yang mana keputusan dibuat merujuk kepada kata putus jawatankua­sa Skim Wajib Tayang.

“Dalam jawatankua­sa Skim Wajib Tayang yang diterajui saya sebagai pengerusi, diikuti Ketua Pengarah FINAS, Pengarah Ketua Perbadanan Bahagian Perlesenan, wakil Kementeria­n Komunikasi & Multimedia Malaysia(KKMM), wakil Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan wakil pempamer,” katanya.

Bulan ini cukup 25 tahun penyampai radio Sinar FM, Abby Fana atau mesra dengan panggilan Kak Bed menggalas status ibu tunggal.

Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar, 52, ketika ditemui berkata, tiada wanita yang ingin rumah tangga dibina berakhir dengan perceraian serta memegang status janda.

“Saya pun macam tidak percaya sudah 25 tahun menjadi ibu tunggal.

“Maksudnya, tahun ini Jubli Perak buat saya,” katanya.

Menurut Abby, mungkin kerana dia melalui kehidupan harian dengan gembira dan bahagia membuatkan­nya tidak berasa kesepian atau berseorang­an.

“Aturan takdir ini hanya Allah SWT yang tahu. Sebagai wanita, saya perlu belajar cekalkan hati menerima perceraian walaupun ia tidak mudah.

“Saya sendiri pada mulanya kecewa juga. Bercerai pada Mac 1993 ketika berusia 27 tahun, saya masih muda ketika itu. Ditambah, dengan dua anak masih kecil.

“Ia memang dugaan yang besar dan tidak mudah dilalui. Cuma, saya bertuah kerana ada ibu yang sentiasa di sisi dan tidak berhenti mendoakan kesejahter­aan saya.

25 tahun penyampai radio Abby Fana galas status ibu tunggal

“Sokongan keluarga terutama ibu, Raminah Sudin, 76, satu kekuatan. Ia juga rahmat yang Allah berikan pada saya hingga kini,” katanya.

Abby berkata, sebagai ibu tunggal dan wanita yang melalui fasa perceraian, dia bina semula semangatny­a dengan tiga perkara utama ini.

“Pertama, kena terima hakikat diri sudah bercerai. Kedua, bersyukur diceraikan daripada digantung tidak bertali dan ketiga, beranikan diri

untuk bina hidup baru,” katanya.

 ??  ??
 ?? Abby Fana ?? Ia memang dugaan yang besar dan tidak mudah dilalui. Cuma, saya bertuah kerana ada ibu yang sentiasa di sisi dan tidak berhenti mendoakan kesejahter­aan saya”
Abby Fana Ia memang dugaan yang besar dan tidak mudah dilalui. Cuma, saya bertuah kerana ada ibu yang sentiasa di sisi dan tidak berhenti mendoakan kesejahter­aan saya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia