Harian Metro

Ditahan cuba kebas Ferrari Sultan Johor

-

Kuala Lumpur: Seorang lelaki diberkas selepas menceroboh Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor dan cuba melarikan kereta Ferrari milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, suspek berusia 31 tahun berasal dari Gelang Patah, Johor, dikesan menceroboh kawasan istana melalui pintu pagar East Lodge, Jalan Straits View, jam 12.30 tengah hari, kelmarin.

Ketika itu, seorang anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) mengawasi pintu pagar berkenaan, namun suspek yang memandu kereta Proton Waja tidak berhenti dan terus masuk ke dalam istana.

Suspek yang turut memiliki beberapa rekod jenayah dan dadah dipercayai menuju ke garaj istana.

Ketika berada di garaj, seorang kakitangan istana melihat kelibat suspek masuk ke dalam kereta Ferrari biru.

Kakitangan itu segera menarik kunci kereta berkenaan.

Suspek berjalan ke keretanya sebelum melarikan diri dengan memecut kenderaan melalui laluan sama di pagar East Logde.

Susulan itu, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian melakukan siasatan berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Istana Bukit Serene, seterusnya memberkas suspek beberapa jam kemudian. Hasil saringan ujian air kencing mendapati, suspek positif Methamphet­amine.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Khader Mohd, ketika dihubungi di sini, semalam, mengesahka­n kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia