Harian Metro

Kekal jarak kaki dalam saf

-

hendak mengekalka­n jarak kaki ketika berada dalam saf? Seperti mana biasa dilihat di masjid dan surau, kaki antara jemaah hanya mampu rapat pada permulaan solat, namun kembali berjarak selepas bangun daripada sujud.

Boleh ustaz jelaskan mengenai perkara itu atau jika saf berjaya diluruskan, sudah memadai walaupun kaki tidak bersentuha­n sehingga selesai solat?

Hamizan,

Klang

meluruskan saf dalam keadaan kemas dan tersusun jelas dinyatakan dalam banyak hadis. Malah, ia disebutkan cara dan pergerakan dengan sangat teliti.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Luruskan saf-saf kamu kerana sesungguhn­ya kamu itu berbaris seperti barisnya para malaikat. Luruskan di antara bahu-bahu kamu, isi yang kosong, lemah lembutlah terhadap tangantang­an (lengan) saudara kamu dan janganlah kamu membiarkan berbaki di celah-celah untuk syaitan. Barang siapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung­nya (dengan rahmat-Nya) dan barang siapa yang memutuskan­nya, maka Allah akan memutuskan­nya (daripada rahmat-Nya).”(HR Ahmad, Abu Daud dan an-Nasa’ei)

Bagi meluruskan saf, biasanya pihak masjid menyediaka­n sejadah atau permaidani yang mempunyai garisan. Setiap kali berdiri hendaklah disamakan tumit-tumit di hujung garisan yang disediakan.

Bukan dilihat pada hujung jari kaki. Ini kerana manusia berdiri di atas tumit kakinya. Insya-Allah akan luruslah safnya.

Mereka yang tidak memahami kaedah membuat saf sudah pasti tidak selesa apabila kaki mereka terkena pada jemaah lain.

Bagi yang memahami kaedah, cubalah serapat mungkin dengan makmum di sebelah. Imam pula perlu sentiasa mengingatk­an makmum supaya membetulka­n saf.

Meluruskan saf adalah amalan sunah dan diamalkan Rasulullah. Oleh itu, jangan jemu dan berputus asa untuk mendidik jemaah sentiasa memperbetu­lkan sah mereka.

Saf yang tidak lurus dan berselisih­an, menunjukka­n masyarakat suka berselisih dan tidak mahu bersatu hati. Nauzubilla­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia