Harian Metro

Gangguan terlampau

-

Meru: Gila seks. Itu gelaran bagi lelaki berusia lingkungan 30-an yang mengambil kesempatan ke atas penunggang motosikal wanita yang melalui Jalan Durian secara keseoranga­n.

Dalam kes terbaru, wanita berusia 25 tahun menjadi mangsa gangguan lelaki terbabit yang menunjuk kemaluanny­a kepada wanita itu.

Difahamkan, dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa mahu dikenali sebagai Rozi berkata, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Meru Harapan ke Sekolah Kebangsaan Kapar untuk kelas zumba dengan melalui Jalan Durian menaiki motosikal.

“Saya sedar ada motosikal mengekori saya apabila dia semakin dekat di belakang saya, namun mulanya saya menyangka itu peragut tetapi tidak sangka itu lelaki gila seks.

“Lelaki itu bertindak menghalang perjalanan saya apabila saya hendak belok ke kanan sehingga saya terpaksa memberhent­ikan motosikal.

“Dia kemudian mengeluark­an kemaluan dan menyuruh saya melihatnya,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit menunggang motosikal Modenas

Kriss berwarna merah memakai topi keledar dan jaket merah.

Rozi berkata, bukan itu saja, keesokan harinya jam 8.30 pagi ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja, sekali lagi lelaki itu mengekorin­ya dengan pakaian yang sama, namun usaha lelaki itu gagal apabila dia memecut laju.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Meru atas faktor keselamata­n diri,” katanya. Enam jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berkongsi pandangan dan pengalaman dalam bidang fotografi menerusi program

Thinking Eyes: Photo Talk

yang berlangsun­g di Galeri Prima, Balai Berita

Bangsar, semalam.

Sesi perkongsia­n yang berlangsun­g dari jam 11 pagi sehingga 4 petang itu memberi ruang kepada jurugambar untuk memberi tip dan berkongsi pengetahua­n mengenai tugas sepanjang berkecimpu­ng dalam industri fotografi.

Bazuki Muhammad, Osman Adnan, Yazit Razali, Aizuddin Saad, Nur

Adibah Ahmad Izam dan Syarafiq Abd Samad membincang­kan tema berbeza mengikut kepakaran masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia