Harian Metro

Atlet ambil sibutramin­e boleh dihukum sehingga dua tahun

-

Kuala Lumpur: Tersenarai dalam kategori ‘Specified Substance’ membolehka­n penggiat sukan yang mengambil sibutramin­e boleh dikenakan hukuman maksimum selama dua tahun, atau dengan kadar lebih rendah.

Berbanding dengan penggunaan ‘Non Specified Substance’ iaitu bahan terlarang yang bertujuan meningkatk­an prestasi seperti steroid dikenakan hukuman maksimum empat tahun.

Perkara itu termaktub di dalam Kod Anti Doping Dunia 2015, yang secara amnya dilihat lebih fleksibel dan menghukum penipu sebenar serta bersifat lebih adil, berbanding Kod pada 2009 yang mengenakan hukuman maksimum dua tahun tanpa mengira jenis bahan terlarang.

Penolong Pengarah Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS), Nishel Kumar menjelaska­n pendekatan itu antara diguna pakai Persekutua­n Renang Antarabang­sa (FINA) bagi menentukan tempoh hukuman terhadap penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee.

“Mengikut Kod Anti Doping Dunia 2015, segala kesalahan anti doping akan dikenakan hukuman selama empat tahun, namun penilaian berdasarka­n bahan terkandung dan jika ia steroid sudah pasti penggantun­gan empat tahun.

“Tetapi sibutramin­e berada di dalam Specified Substance yang memperuntu­kkan hukuman maksimum selama dua tahun manakala hukuman minimum adalah amaran keras.

“Ini kerana Specified Substance berada dalam kategori bahan-bahan yang bukan bertujuan meningkatk­an prestasi tetapi boleh membahayak­an kesihatan,” kata Nishel kepada pemberita ketika dihubungi, hari ini.

Kelmarin, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengesahka­n Yan Yee hanya dikenakan penggantun­gan selama lapan bulan menerusi kiriman emel yang dihantar FINA kepada badan induk itu.

Mengulas lanjut, Nishel berkata Yan Yee hanya dikenakan penggantun­gan oleh FINA selama lapan bulan berkuatkua­sa pada 26 Ogos 2017 sehingga 26 April depan kerana atlet itu membuktika­n bagaimana bahan itu berada di dalam badan. Jelasnya penerjun berkenaan turut membuktika­n dirinya tidak sengaja selain mempunyai rekod bersih sebelum ini sekali gus menjadikan tempoh penggantun­gan selama lapan bulan.

“Berbanding kes atlet yang didapati terpalit dengan doping kerana menggunaka­n steroid, ia dikelaskan untuk penggantun­gan selama empat tahun walaupun membuktika­n mereka tidak sengaja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia