Harian Metro

SINAR BARU BADMINTON

- Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my

 Iqbal juara kategori perseorang­an lelaki senior di Kejohanan Badminton Tertutup Pahang

Aksi konsisten menjadi kelebihan kepada pemain muda, Muhamad Iqbal Roslan yang muncul juara kategori perseorang­an lelaki senior selepas menewaskan Nabeel Azriq Nazri 21-13 dan 21-17 pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Tertutup Pahang di Dewan Persatuan Badminton Pahang (PBP) Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini.

Dalam kategori wanita senior, Evelyn Ng Yan Ni muncul juara selepas mudah menewaskan Tan Jet Sin 21-10 dan 21-11 manakala tempat ketiga menjadi milik Nurzarieni Nazri.

Pasangan Andrew Chia dan Muhamad Fairuz Fauzi muncul juara kategori regu lelaki senior yang menewaskan regu Chan Chee Yong dan Chon Li Qun (21-17 dan 21-19) dan tempat ketiga pasangan Leong Yeh Sam dan Baljit Singh.

Beregu Tan Jet Sin dan Evelyn Ng Yan Ni muncul juara kategori wanita selepas menewaskan pasangan Loh Xin Yi dan Yee Li Yin (21-15 dan 21-10).

Juara kategori beregu menerima wang tunai RM600 manakala naib juara RM400 dan ketiga RM200.

Juara acara perseorang­an pula membawa pulang wang tunai RM500, naib johan (RM300) manakala ketiga dan keempat menerima RM100.

Sebanyak 17 kategori lelaki dan wanita acara perseorang­an dan beregu berumur sembilan hingga 50 tahun dipertandi­ngkan pada kejohanan berkenaan.

Pertanding­an yang disertai 416 pemain itu menawarkan hadiah keseluruha­n RM12,800 dan dianjurkan PBP. Ia adalah acara tahunan PBP bertujuan mencungkil bakat baru dalam kalangan pemain muda di Pahang.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan naib presiden PBP, Salamon Ali Rizal Abd Rahman.

Muhamad Iqbal berkata, dia tidak menyangka berpeluang melangkah ke perlawanan akhir seterusnya muncul juara kerana saingan yang diterima sejak pusingan awal begitu mencabar.

Katanya, pengalaman di peringkat daerah dan negeri banyak membantuny­a untuk menjinakka­n lawan yang tidak kurang hebatnya dan kemuncak kepada tentangan sengit lawan berlaku pada perlawanan akhir hingga memaksa dia untuk memerah sepenuh kudrat.

“Kejayaan pada kejohanan badminton tertutup Pahang akan menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus berusaha melakar lebih banyak kemenangan pada saingan di peringkat daerah dan negeri selepas ini.

“Impian tertinggi saya musim ini ialah untuk terpilih mewakili Pahang di peringkat kebangsaan terutama Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak selain itu beberapa kejohanan peringkat remaja,” katanya yang berasal dari Jerantut.

Beliau berkata, kejayaan di pentas SUKMA mampu melonjakka­n dirinya ke peringkat lebih jauh di persada kebangsaan seterusnya antarabang­sa.

 ??  ?? PEMENANG bergambar bersama pegawai PBP selepas kejohanan.
MUHAMAD Iqbal.
PEMENANG bergambar bersama pegawai PBP selepas kejohanan. MUHAMAD Iqbal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia