Harian Metro

Gagal seludup minyak masak

-

Tawau: Cubaan dua lelaki untuk membawa keluar minyak masak bersubsidi ke negara jiran gagal apabila berjaya ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), pagi semalam.

Tindakan itu digagalkan pasukan Daerah Maritim 18 Tawau yang menahan sebuah bot jongkong yang kelihatan sarat dengan muatan barangan kawalan terbabit di perairan Logpond di sini, jam 8.30 pagi.

Pemeriksaa­n terhadap bot yang dikendalik­an juragan tempatan itu membawa kepada penemuan 5,000 paket minyak masak yang dianggarka­n

>>Kumpulan sindiket dadah tukar taktik menyeludup guna penerbanga­n domestik

bernilai RM13,260.

Pengarah Maritim Tawau, Kapten Maritim Romli Mustafa berkata, sepasukan anggota Maritim yang sedang terbabit dalam Ops Gasak mengesan sebuah bot jongkong bergerak dalam keadaan mencurigak­an ke arah Sungai Haji Kuning di Pulau Sebatik sebelum ditahan untuk pemeriksaa­n.

“Pemeriksaa­n mendapati seorang juragan berusia 27 tahun dan seorang awak-awak lelaki warga Indonesia berusia 32 tahun itu membawa 300 kotak minyak masak cap Daun,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Romli berkata, selain minyak masak pihaknya merampas enjin sangkut dan bot jongkong terbabit bagi membantu siasatan.

Menurutnya, juragan dan awak-awak bersama barangan rampasan kemudianny­a dibawa ke Jeti Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barangan kawalan yang disyaki cuba diseleweng bagi tujuan penyeludup­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia