Harian Metro

WIRA DIHEMPAP KONKRIT

Anggota bomba cedera ditimpa dinding dalam kebakaran ragut satu nyawa

- Ekhwan Haque Nurul Haque ekhwan@nstp.com.my

“Ketika kejadian saya hanya terfikir untuk keluar segera dari sisa runtuhan kerana suhunya yang tinggi, berisiko cedera lebih parah,” kata Waslie Kontil Ambi, 28.

Waslie adalah anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau yang cedera selepas dihempap dinding konkrit rumah yang terbakar di Jalan Wind Cave, Kampung Bau di sini, pagi semalam.

Kejadian jam 2.40 pagi menyebabka­n penghuni rumah, Voon Kim Kee, 38, ditemui rentung dalam tandas rumah berkenaan selepas terperangk­ap dipercayai ketika cuba mencari jalan keluar untuk menyelamat­kan diri.

Waslie berkata, dia bersama 11 lagi rakan sekerja berusaha memadamkan kebakaran yang membabitka­n dua rumah sebelum dia diminta mengawal api di bahagian belakang kediaman berkenaan.

Menurutnya, ketika menyembur air ke kawasan terbakar, tiba-tiba dinding konkrit runtuh menghempap belakang badan sehingga dia tertiarap.

“Dinding konkrit berkenaan runtuh dipercayai kerana suhu panas akibat kebakaran.

“Rakan setugas yang melihat kejadian memecahkan dinding konkrit bagi mengeluark­an saya dari sisa runtuhan.

“Tong gas alat bantuan pernafasan yang digunakan dalam operasi selain pakaian perlindung­an menyelamat­kan saya daripada mendapat kecederaan lebih serius,” katanya kepada NSTP, semalam.

Menurut Waslie, kejadian itu menjadi pengalaman pertamanya sepanjang lapan tahun bertugas sebagai anggota bomba dan terbabit pelbagai operasi kebakaran.

Katanya, insiden berkenaan tidak mematahkan semangatny­a untuk kembali bertugas selepas kecederaan dialaminya itu pulih.

“Saya berterima kasih kepada rakan sekerja yang bertungkus-lumus menyelamat­kan saya dan bersyukur apabila doktor mengesahka­n tulang belakang tidak cedera selepas imbasan X-ray dijalankan di Hospital Bau pagi tadi (semalam).

“Sebagai anggota bomba, kami dilatih untuk sentiasa bersedia berdepan sebarang risiko yang boleh mengundang bahaya kepada nyawa.

“Kami tetap bersemanga­t memberi khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya yang tidak sabar untuk kembali bertugas dalam masa terdekat.

Sementara itu, mayat Voon dibawa ke Hospital Bau untuk dibedah siasat, manakala tujuh penghuni yang lain tidak alami sebarang kecederaan.

Terima kasih kepada rakan sekerja yang menyelamat­kan

saya

Waslie

 ??  ?? WASLI E men dap at rawatan selepas cedera dihempap dinding konkrit. KEADAAN kebakar an melibatkan dua rumah di Jalan Wind Cave, Kampung Bau, s emalam. ANGGOTA bomba memeriksa sisa kebakaran rumah.
WASLI E men dap at rawatan selepas cedera dihempap dinding konkrit. KEADAAN kebakar an melibatkan dua rumah di Jalan Wind Cave, Kampung Bau, s emalam. ANGGOTA bomba memeriksa sisa kebakaran rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia