Harian Metro

CANTIK PUAKA

Pengguna kanta lekap murah berdepan risiko hilang penglihata­n

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Hanya RM5, itu harga termurah kanta lekap yang mudah dibeli sama ada di pasar malam atau atas talian bagi individu terutama remaja perempuan yang ghairah untuk memiliki sepasang anak mata umpama ‘Minah Salih’ tanpa menghirauk­an risiko mengalami cacat penglihata­n, lapor Syazwan Msar

Hanya RM5, itu harga termurah kanta lekap yang boleh dibeli dengan mudah sama ada di pasaran terbuka terutama pasar malam atau dalam talian bagi individu terutama remaja perempuan yang ghairah untuk memiliki sepasang anak mata umpama ‘minah salih’.

Dulu, kanta lekap menjadi alternatif menggantik­an penggunaan cermin mata, kini penggunaan­nya lebih untuk tujuan berfesyen sama ada yang rabun penglihata­n atau sebaliknya.

Kewujudan kanta lekap yang murah di pasaran dengan pelbagai warna menjadikan pemakaiann­ya kini lebih popular dalam kalangan remaja sebagai aksesori kecantikan mata.

Malah ada dalam kalangan penjual kanta lekap murah berkenaan turut mempromosi­kan produk terbabit serendah RM3 jika membeli dalam kuantiti banyak.

Menerusi pelbagai promosi dan tawaran murah pasti menarik minat orang ramai mencuba kanta lekap berkenaan untuk bergaya walaupun mereka sedia maklum kebanyakan kanta lekap itu tidak mendapat pengiktira­fan pihak berwajib.

Setiausaha Persatuan Oftalmolog­i Malaysia (MSO) Profesor Dr Amir Samsudin berkata, mereka yang memakai kanta lekap murah tanpa mendapat nasihat pakar mata kemungkina­n berisiko buta.

Katanya, tujuan kanta lekap digunakan disebabkan individu berkenaan mempunyai masalah rabun selain penggunaan­nya untuk kosmetik iaitu menutup kecacatan pada mata.

“Seperti sedia maklum, penggunaan kanta lekap memerlukan penjagaan teliti dan paling penting individu berkenaan hanya boleh memakainya dalam tempoh lapan jam serta perlu menanggalk­annya ketika mahu tidur.

“Jika amalan itu dianggap remeh, individu yang mengabainy­a bakal berdepan pelbagai risiko antaranya, mata merah atau kering dan lebih buruk terkena jangkitan kuman sekali gus boleh mengakibat­kan buta,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata, orang ramai seharusnya membeli kanta lekap daripada pengeluar yang mendapat pengiktira­fan pihak tertentu bagi memastikan produk itu tidak mendatangk­an kemudarata­n.

“Hanya kerana murah dan ingin kelihatan cantik, ada segelintir individu mengabaika­n aspek penjagaan mata, malah produk kanta lekap murah terbabit juga kemungkina­n diperbuat daripada bahan tercemar.

“Sebelum ini, MSO menerima beberapa aduan daripada orang ramai berkaitan produk berkenaan yang mengakibat­kan mata mereka merah atau dijangkiti kuman.

“Perkara paling membimbang­kan apabila kornea mata dijangkiti kuman, sekali gus boleh menyebabka­nnya buta malah proses rawatan juga belum tentu dapat memulihkan kembali penglihata­n,” katanya.

Oleh itu, beliau menasihati orang ramai mengelak daripada memakai kanta lekap murah yang banyak dijual di laman sosial dan pasar malam bagi mengelak berdepan risiko kehilangan penglihata­n.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di laman sosial seperti Facebook dan Twitter mendapati kebanyakan kanta lekap murah mendapat sambutan menggalakk­an terutama dalam kalangan remaja kononnya mahu mata kelihatan lebih cantik serta menawan.

Pelbagai jenis kanta lekap murah dijual dengan warna berbeza, malah ada yang seperti mata harimau. Rata-rata orang ramai kurang peka terhadap risiko yang bakal dihadapi malah ghairah membuat tempahan selepas tertarik dengan iklan dipamerkan.

Seorang pekerja swasta, Juliana Aziz, 32, berkata, produk berkenaan mudah didapati di pasaran berikutan banyak penjual mengiklank­an kanta lekap murah di laman sosial.

“Sebelum ini, saya memakai kanta lekap murah namun beberapa hari kemudian, mata menjadi gatal dan berair sekali gus tidak lagi menggunaka­nnya kerana bimbang keadaan mata menjadi lebih teruk,” katanya, di sini.

Sementara itu, penuntut universiti awam (UA), Ahmad Bukhari Yusnan,30, berkata, produk berkenaan juga popular dalam kalangan penuntut universiti untuk memiliki mata menawan.

“Mungkin jadi trend sekarang ini orang ramai terutama wanita memakai kanta lekap kerana mudah untuk dibeli dan harganya pula murah,” katanya.

Sementara itu, kebanyakan produk berkenaan diimport dari China dan mula menjadi trend sejak tiga tahun lalu dan semakin popular terutama dalam kalangan remaja.

Kanta lekap yang dijual mereka pula menggunaka­n model tempatan dan turut disertakan maklumbala­s daripada pelanggan bagi meyakinkan mereka untuk mencuba produk berkenaan.

Selain itu, produk berkenaan dijual di pasar malam di sekitar ibu kota dan kebanyakan­nya menawarkan dengan harga antara RM10 hingga RM30.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia