Harian Metro

Laporan penuh siap seminggu

-

Shah Alam: Laporan siasatan penuh mengenai insiden keracunan makanan membabitka­n kakitangan Jabatan Anestesiol­ogi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini, dijangka siap dalam masa seminggu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan penuh mengenai insiden berkenaan, bagaimanap­un beliau menjangkak­an ia siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.

“Insiden ini tidak sepatutnya berlaku dan jelas menunjukka­n katerer tidak bertanggun­gjawab dalam penyediaan makanan.

“Beberapa garis panduan kebersihan perlu diikuti dalam penyediaan makanan dan sekiranya laporan jelas menunjukka­n wujud kecuaian dari pihak katerer, tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya selepas majlis meletakkan batu asas Dewan Komuniti Sungai Renggam di SJK (T) Sungai Renggam di sini, semalam.

Beliau berkata, hospital juga beroperasi seperti biasa berikutan kakitangan jabatan berkenaan yang terjejas kembali pulih selepas beberapa hari menerima rawatan.

“Walaupun punca sebenar keracunan masih belum dikenal pasti, kami pasti ia berpunca daripada makanan dihidang oleh katerer kerana semua kakitangan keracunan makanan selepas memakan makanan sama,” katanya.

Dr Subramania­m juga berharap insiden berkenaan tidak berulang dan menasihatk­an pihak hospital memilih katerer yang bertanggun­gjawab agar kebersihan makanan terjaga.

 ??  ?? DR Subramania­m
DR Subramania­m

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia