Harian Metro

Bogel dalam pesawat

-

Kuala Lumpur: Buka pakaian dan telanjang tanpa rasa malu. Itu tindakan luar biasa seorang penumpang warga Bangladesh yang menggempar­kan penumpang dan anak kapal sebuah pesawat tempatan.

Suspek berusia 20-an turut bertindak ganas menyerang kru penerbanga­n sebelum diberkas.

Kekecohan berlaku kelmarin ketika pesawat itu dalam perjalanan dari LapanganTe­rbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke Dhaka, Bangladesh.

Wakil syarikat penerbanga­n berkenaan ketika dihubungi semalam berkata, lelaki terbabit yang juga penuntut sebuah universiti swasta di Cyberjaya menanggalk­an pakaiannya dan menonton video lucah di komputer riba ketika pesawat baru berlepas.

Dia juga memeluk dua kru penerbanga­n dan melakukan perbuatan lucah sebelum menyerang ketua pramugari yang cuba menenangka­nnya.

“Anak kapal penerbanga­n dengan bantuan penumpang pesawat kemudian memakaikan pakaian sebelum mengikatny­a kerana sikapnya yang agresif.

“Dia terpaksa diasingkan di tempat duduk lain. Kami mengesahka­n kejadian yang berlaku di dalam pesawat berkenaan dan kru penerbanga­n mengambil langkah keselamata­n ketika kejadian.

“Kru penerbanga­n mengambil tindakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi menjamin keselamata­n,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, dia kemudian ditahan pihak berkuasa Bangladesh sejurus pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Shahjalal, Dhaka.

 ??  ?? WARGA Bangladesh yang berbogel dalam pesawat ke Dhaka dari KLIA, semalam.
WARGA Bangladesh yang berbogel dalam pesawat ke Dhaka dari KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia