Harian Metro

Misteri kepala tanpa badan di tepi sungai

-

Sri Aman: Dibunuh atau terbunuh. Itu persoalan yang masih belum terungkai susulan penemuan kepala wanita tanpa badan di tebing Sungai Batang Lupar di Skait di sini, kelmarin.

Misteri itu masih belum terjawab kerana tiada sebarang maklumat lanjut mengenai kehilangan ahli keluarga yang dilaporkan kepada polis sebelum ini yang dapat mengaitkan penemuan itu.

Selain itu, pihak berkuasa juga tidak menerima maklumat sebarang kes serangan buaya di Sungai Batang Lupar yang terkenal sebagai lubuk sang bedal.

Sumber berkata, kepala wanita itu ditemui beberapa penduduk yang kebetulan melalui kawasan berkenaan jam 4.30 petang sebelum mendekatin­ya kerana disangka mayat wanita lengkap.

Menurutnya, selepas melihat dari dekat ia hanya kepala tanpa badan, penduduk menghubung­i Balai Polis Sri Aman untuk memaklumka­n kejadian berkenaan.

“Anggota polis menemui kepala itu tersangkut pada kawasan berlumpur di tebing sungai berkenaan.

“Susulan kejadian, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sri

Kepala itu dibawa ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat” Sumber

Aman dihantar ke lokasi untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber itu berkata, berdasarka­n siasatan awal dan keadaan fizikal kepalanya, wanita terbabit dipercayai meninggal dunia kurang 24 jam sebelum kepala itu ditemui.

Katanya, setakat ini polis masih menyiasat sama ada wanita terbabit menjadi mangsa perbuatan jenayah atau sebaliknya.

“Kepala itu dibawa ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superinten­dan Othman Sulaiman ketika dihubungi mengesahka­n penemuan kepala wanita terbabit.

Beliau berkata, setakat ini, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut dan pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

“Kita juga meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga iaitu wanita berusia 20-an menghubung­i balai polis terdekat untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat kepala wanita yang ditemui di kawasan berlumpur di tebing Sungai Batang Lupar.
ANGGOTA polis mengangkat kepala wanita yang ditemui di kawasan berlumpur di tebing Sungai Batang Lupar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia