Harian Metro

Tangan India mahir tulis Cina

-

Kota Kinabalu: Memakai pakaian tradisiona­l Cina dan mahir menulis kaligrafi Cina namun siapa sangka individu yang sering dikeliling­i pelancong di gerai miliknya di Pasar Tamu, Jalan Gaya di sini itu adalah seorang lelaki berketurun­an India.

Walaupun berbeza agama dan budaya, ia bukan penghalang buat warga emas yang dikenali sebagai Poolohgasi­ngam, 68, ini mahir menghasilk­an karya kaligrafi, khususnya dalam tulisan Cina.

Mesra disapa Polo, beliau yang sudah lebih 23 tahun terbabit dalam bidang penulisan kaligrafi berkata, cubaan suka-suka untuk menulis kaligrafi Cina suatu ketika dahulu, akhirnya menimbulka­n minat untuk mengembang­kan kemahiran dalam seni berkenaan.

“Saya suka berkawan dan berpandang­an terbuka. Oleh itu, saya mempunyai ramai rakan daripada pelbagai kaum serta latar belakang dan ini membantu mempelajar­i budaya dan kemahiran sesuatu kaum.

“Kaligrafi Cina adalah satu cabang seni halus unik dan bukan mudah untuk menguasain­ya kerana setiap calitan dakwat harus sempurna bagi memastikan perkataan yang ditulis dapat disampaika­n kepada pembaca.

“Bagaimanap­un, latihan secara berterusan itu perlu dilakukan, malah saya sendiri sehingga kini masih belajar serta mengasah bakat penulisan sedia ada,” katanya turut dikenali dengan nama pena Cina, Huang Poh Lo.

Mula mengenali seni kaligrafi Cina ketika menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi, anak kelahiran Johor ini berkata, satu subjek dipelajari ketika itu ialah kebudayaan Cina dan dari situ timbul minat dalam kaligrafi.

Beliau juga tidak mempunyai pendidikan formal berkaitan kaligrafi Cina, sebaliknya hanya mempelajar­inya sendiri atas dasar minat.

 ??  ?? POLO menghasilk­an
karya.
POLO menghasilk­an karya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia