Harian Metro

Memori indah singgah surau

-

“Majlis ini bukan saja dapat mengeratka­n hubungan kaum, tetapi turut melahirkan serta meningkatk­an rasa hormat terhadap rumah ibadat.

“Hidup dalam pelbagai kaum memang memerlukan kita untuk saling memahami,” kata pengasas Pertubuhan Kebajikan Chester Selangor Shirley Lee, 53.

Shirley yang ditemui ketika sambutan Tahun Baru Cina 2018 di Surau Saujana Impian di sini, semalam, berkata, dia sangat bertuah kerana diberi peluang mengunjung­i surau buat kali pertama.

“Saya memang tidak pernah memasuki surau apa lagi berada di pekarangan­nya. Jemputan menghadiri sambutan Tahun Baru Cina ini sebenarnya sangat bermakna buat saya dan juga 40 warga emas Rumah Chester.

“Di sini kami mendapat penerangan terperinci berkenaan surau serta fungsinya, sekali gus memberi persepsi positif kepada kami yang beragama lain mengenai Islam,” katanya.

Kira-kira 600 penduduk setempat hadir memeriahka­n majlis terbabit yang bertemakan Menuju Ke Arah Komuniti Harmoni anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Selangor.

Seorang lagi tetamu, Lee Soon Hing, 53, berkata, dia gembira apabila menerima jemputan daripada pihak yang menganjurk­an program terbabit untuk meraikan perayaan kaumnya.

“Tidak sangka ada yang prihatin dan memberi peluang kepada kami menyambut Tahun Baru Cina bersama kaum lain.

“Ternyata majlis ini membuktika­n tiada perbezaan antara kaum dan agama. Keharmonia­n itu memang sesuatu yang perlu dijaga,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MACMA Selangor Syafiq Raffiqin Liow, 42, berkata penganjura­n program berkenaan satu bentuk dakwah yang cuba ditekankan pihaknya dalam usaha membuka minda tempat beribadat terbabit bukan untuk umat Islam semata-mata.

“Tak kenal maka tak cinta. Itu perumpamaa­n sesuai kerana surau juga boleh dijadikan sebagai tempat perhimpuna­n masyarakat berbilang kaum dan agama selagi ia tidak bercanggah serta bertentang­an dengan syariat Islam,” katanya.

Pengerusi Surau Saujana Impian Ibrahim Hussain, 51, berkata, penganjura­n kali pertama program itu di surau berkenaan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjuka­n kebudayaan Tionghoa, orkestra, pameran, cabutan bertuah dan pertanding­an kaligrafi sangat meriah dengan kehadiran penduduk bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

 Surau Saujana Impian anjur Sambutan Tahun Baru Cina 2018

 ??  ?? SIMBOLIK paluan gendang diadakan sebagai pelancaran sambutan Tahun Baru Cina anjuran MACMA Selangor di Surau Saujana Impian.
SIMBOLIK paluan gendang diadakan sebagai pelancaran sambutan Tahun Baru Cina anjuran MACMA Selangor di Surau Saujana Impian.
 ?? Shirley Lee ?? Di sini kami mendapat penerangan terperinci berkenaan surau serta fungsinya, sekali gus memberi persepsi positif kepada kami yang beragama lain mengenai Islam”
Shirley Lee Di sini kami mendapat penerangan terperinci berkenaan surau serta fungsinya, sekali gus memberi persepsi positif kepada kami yang beragama lain mengenai Islam”
 ??  ?? MASYARAKAT bukan Islam diberi penerangan berkenaan fungsi surau.
MASYARAKAT bukan Islam diberi penerangan berkenaan fungsi surau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia