Harian Metro

Usaha MRA bantu pelarian Rohingya dapat derma RM21,000

-

Kuala Lumpur: Usaha Malaysian Relief Agency (MRA) membantu pelarian Rohingya di Bangladesh mendapat perhatian apabila badan bukan kerajaan (NGO) itu menerima sumbangan berjumlah RM21,500, kelmarin.

Sumbangan untuk Tabung Bantuan Rohingya MRA itu diberikan oleh Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRESTASI) Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Presiden MRA Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, NGO itu menghargai sumbangan berkenaan yang akan disalurkan kepada pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar, Bangladesh.

Katanya, selain bantuan kecemasan, makanan asas dan perubatan, MRA menekankan usaha memberi pendidikan asas iaitu mengira, membaca dan menulis kepada anak pelarian Rohingya yang terpinggir di Malaysia dan Cox’s Bazaar.

“MRA membuka satu lagi cawangan Sekolah Komuniti Rohingya di Sungai Petani, Kedah pada tahun lalu, di samping terus memperkasa­kan tadbir urus dan kualiti pembelajar­an Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur yang ditubuhkan sejak 2009.

“MRA juga membina sekolah sementara iaitu Sekolah Dhonnobad di Kem Pelarian Myonnaghon­na di Cox’s Bazar, awal tahun ini yang memanfaatk­an 250 anak pelarian Rohingya.

“Kami mengalu-alukan sumbangan dana dan bantuan kemahiran serta nasihat teknikal daripada institusi pengajian tersohor seperti UPSI untuk memastikan bantuan pendidikan untuk komuniti pelarian ini terus mampan dan berkembang demi kelangsung­an hidup mereka supaya dapat kembali ke bumi Arakan satu hari nanti,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, sumbangan untuk Tabung Bantuan Rohingya MRA itu disampaika­n oleh Naib Canselor UPSI, Prof Dato Dr Mohammad Shatar Sabran kepada Pengarah Bantuan Kecemasan dan Logistik MRA, Stein

Van Lutam.

 ??  ?? DR Mohd Daud
DR Mohd Daud

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia