Harian Metro

‘Tak adil pertikai keikhlasan saya’

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

 Neelofa terkilan ada pihak persoal permohonan maaf

“Tidak adil bagi mana-mana pihak mempersoal­kan keikhlasan saya membuat permohonan maaf,” kata pengacara dan pelakon popular Neelofa yang terkilan dengan

segelintir pihak mempersoal­kan keikhlasan­nya membuat permohonan maaf berikutan kontrovers­i penganjura­n majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa dan sambutan hari jadinya ke-29 di sebuah pusat hiburan di sini, Isnin lalu.

Neelofa ketika dihubungi wartawan semalam berkata, pihak syarikatny­a NH Prima

Internatio­nal Sdn Bhd membuat permohonan maaf secara terbuka.

Malah dia secara peribadi turut melakukan perkara sama menerusi Instagram dan memberi penjelasan secara terperinci.

“Pihak syarikat membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya juga memohon maaf kerana menimbulka­n nilai sentimen lanjutan majlis yang saya buat. Saya juga menjelaska­n satu-persatu di Instagram mengenai perkara itu,” katanya.

Neelofa berkata, dia enggan memanjangk­an isu berkenaan kerana sedar dalam keadaan sekarang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menonjolka­n diri.

“Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tahu dalam keadaan sekarang ramai yang mahu ambil kesempatan untuk menonjolka­n diri.

“Namun saya ikhlas dan ambil setiap komen netizen dari sudut positif. Saya ingin mengucapka­n jutaan terima kasih atas segala teguran, nasihat dan kata-kata semangat sepanjang isu ini berlaku. Saya hargai keprihatin­an anda semua,” katanya.

Terdahulu, Neelofa serta syarikatny­a membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu itu.

Malah Neelofa turut mengucapka­n terima kasih dan menghargai teguran Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai perkara itu.

Namun selebriti jelita ini terus menerima kecaman daripada netizen di media sosial termasuk mempertika­ikan keikhlasan­nya membuat permohonan maaf.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia