Harian Metro

Program NLKO labuh tirai

-

Kuala Lumpur: Selepas 10 tahun bersiaran, program bual bicara Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9 akhirnya melabuhkan siarannya di Rumah Kartun dan Komik Malaysia, Taman Botani Perdana, di sini, pagi semalam.

Pengurus dan Penerbit Eksekutif Berita TV9, Wan Sabariah Shikh Ali berkata, NLKO adalah program bual bicara hujung minggu dengan

paling tinggi sebelum ini.

“Selama 10 tahun,

NLKO membawakan pengisian bermanfaat dalam format santai dan menghiburk­an.

“Secara peribadi, saya berbangga kerana hasil karya awal saya di TV9 ini bertahan selama 10 tahun dan mempopular­kan ramai penghibur etnik seperti Kamrul Husin dan Geng Wak Long, Balle

Balle dan Drum Simfon,” katanya.

Selain menghimpun­kan barisan pengacara daripada pelbagai genre, NLKO turut mempopular­kan makanan nasi lemak dari gerai tersorok hingga ke restoran terkemuka.

“Begitulah adat program TV, ia berkembang dan berubah, bermula dan berakhir untuk memenuhi kehendak penonton hinggalah ke hari terakhir hari ini (semalam),” katanya.

NLKO yang bersiaran jam 8 hingga 10 pagi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad memulakan siaran pertamanya pada 4 April 2008 dan pelancaran dilakukan di Kuala Lumpur Sentral.

Program ini menampilka­n lebih 20 pengacara antaranya Allahyarha­m Aziz Desa, Farah Adeeba, Yatt Hamzah, Nik Sayyidah, Fizo Omar, Nur Azean, FBI, Nana Mahzan dan Aidid Marcelo.

 ?? Wan Sabariah ?? Saya bangga kerana hasil karya awal saya di TV9 bertahan selama 10 tahun”
Wan Sabariah Saya bangga kerana hasil karya awal saya di TV9 bertahan selama 10 tahun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia