Harian Metro

Demi Rohingya

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n @hmetro.com.my

 Pengasas RWDN perjuang nasib wanita, kanak-kanak daripada jadi mangsa penindasan

Penyeksaan dan penganiaya­an terhadap etnik Rohingya sudah sebati dalam kehidupan wanita ini, malah pengalaman melihat sendiri saudara-mara diseksa dengan kejam menyebabka­n dia tekad menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mereka mengecapi kehidupan sempurna.

Walaupun terpaksa mengorbank­an zaman mudanya dengan bergiat aktif membantu golongan Rohingya terutama wanita teraniaya namun bagi pengasas

(RWDN) Sharifah Shakirah Husain, 24, perkara berkenaan adalah tanggungja­wab yang perlu dilaksanak­an bagi memastikan hak mereka memperoleh kehidupan sempurna dicapai.

Menurutnya, dia akan terus memperjuan­gkan nasib wanita dan kanak-kanak etnik Rohingya daripada menjadi mangsa eksploitas­i pihak tertentu untuk kepentinga­n peribadi.

Katanya, RWDN sentiasa memantau perkembang­an wanita dan kanak-kanak etnik Rohingya termasuk mengadakan aktiviti serta kursus kepada mereka supaya lebih berdikari dan mampu meneruskan kehidupan tanpa masalah.

“Wanita Rohingya memainkan peranan penting dalam segala aspek dan sepatutnya diberikan peluang berjaya dalam kehidupan,” katanya.

Sharifah Shakirah bertekad membela nasib etnik Rohingya walaupun terpaksa mengerah kudrat dan bergolok gadai bagi memastikan mereka tidak dianiaya.

“Etnik Rohingya dihalang mendapat pendidikan sempurna di Myanmar dan perkara sama berlaku apabila menjadi pelarian hingga terpaksa melupakan bidang berkenaan serta mencari peluang pekerjaan demi menyara keluarga.

“Pendidikan tiada dalam kehidupan mereka kerana tidak dibenarkan di Myanmar, malah jika berbuat demikian, kemungkina­n nyawa jadi pertaruhan.

“Kami mengingink­an pendidikan sempurna demi masa depan dan berharap perkara berkenaan menjadi realiti,” katanya.

Selain itu, katanya, pelbagai aktiviti dianjurkan RWDN untuk perkembang­an wanita dan kanak-kanak Rohingya di negara ini termasuk mengajar mereka kemahiran supaya boleh digunakan untuk meraih pendapatan sampingan.

“Sebelum ini, ada salah faham dalam kalangan wanita Rohingya kononnya saya memaklumka­n mereka mudah menyerahka­n kehormatan diri namun sebenarnya sindiket pelacuran dan pemerdagan­gan manusia yang berbuat demikian untuk kepentinga­n masing-masing,” katanya.

 ??  ?? SHARIFAH Shakirah (kanan) dalam taklimat kepada etnik Rohingya mengenai gigi.
SHARIFAH Shakirah (kanan) dalam taklimat kepada etnik Rohingya mengenai gigi.
 ??  ?? PELBAGAI aktiviti yang dijalankan untuk wanita etnik Rohingya.
PELBAGAI aktiviti yang dijalankan untuk wanita etnik Rohingya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia