Harian Metro

Sembilan peluru meriam dijumpai di Fort Cornwallis

-

Georgetown: Selepas penemuan dua meriam berkembar, sekumpulan ahli arkeologi dan sejarah daripada Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila menjumpai sembilan peluru meriam di tapak arkeologi Fort Cornwallis, di sini.

Ahli arkeologi, Noridayu Bakry berkata, sembilan butir peluru meriam itu, bagaimanap­un dipercayai bukan kegunaan dua meriam berkembar yang ditemui pada 19 Februari lalu berdasarka­n saiznya yang berbeza.

“Semua sembilan peluru meriam ini ditemui secara berperingk­at iaitu antara 26 hingga 28 Februari lalu dan saiznya juga lebih kecil iaitu antara enam hingga tiga sentimeter.

“Sembilan butir peluru meriam ini juga dipercayai berusia sekurang-kurangnya 200 tahun dan ia akan dibawa ke USM bagi tujuan mengesan lebih banyak data dan maklumat,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Februari lalu, kumpulan arkeologi sama menemui dua meriam berkembar dipercayai berusia sekurang-kurangnya 200 tahun di tapak sama di Fort Cornwallis.

Kedua-dua meriam yang dipercayai digunakan pada era pemerintah­an King George III itu juga bakal mengubah sejarah asal Fort Cornwallis yang selama ini dikenali sebagai Kota Keamanan.

Mengulas lanjut, Noridayu berkata, berdasarka­n penemuan itu pihaknya percaya akan menemui lebih banyak bahan sejarah di tapak arkeologi seluas lebih 0.4 hektar berkenaan.

Katanya, kerja mencari dan menggali yang dilakukan sejak Ogos tahun lalu itu adalah berpanduka­n peta asal Fort Cornwallis pada 1877.

“Kami akan berusaha mencari lebih banyak bukti mengenai kubu yang selama ini lebih dikenali sebagai Kota Keamanan,” katanya.

 ??  ?? AHLI kumpulan arkeologi dan sejarah USM (dari kiri) Saw Chaw Yeh, Noridayu, Nurulnatas­ha Azman dan Suhana Yusof menunjukka­n sembilan butir peluru meriam yang ditemui.
AHLI kumpulan arkeologi dan sejarah USM (dari kiri) Saw Chaw Yeh, Noridayu, Nurulnatas­ha Azman dan Suhana Yusof menunjukka­n sembilan butir peluru meriam yang ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia