Harian Metro

Lanjut reman dua beradik Lesen ‘tutup mata’

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Tempoh tahanan reman dua beradik yang meragut warga emas berusia 72 tahun di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah, minggu lalu dilanjutka­n tujuh hari lagi.

Perintah dikeluarka­n Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap suspek berusia 27 dan 33 tahun sehingga 10 Mac ini bagi membolehka­n siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dilakukan.

Sebelum ini kedua-duanya direman selama tujuh hari di mahkamah sama yang berakhir, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superinten­dan Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahka­n lanjutan reman dua beradik itu untuk siasatan lanjut.

“Permohonan untuk melanjutka­n reman itu untuk melengkapk­an siasatan,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua beradik itu ditahan polis selepas sejam meragut beg tangan seorang warga emas.

Lesen dimiliki adalah lesen permainan kanak-kanak namun siasatan mendapati premis terletak di Seksyen 7 di sini, menempatka­n berpuluh mesin judi simulator meja dan simulator kotak.

Lebih mengejutka­n apabila pemilik premis hanya membenarka­n kaki judi di kalangan warga asing memasuki premis itu untuk mencuba nasib.

Itu antara taktik digunakan sindiket perjudian yang diserbu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Pegawai Turus Deputi Superinten­dan Norhizam Bahaman di sini, jam 11.40 malam kelmarin.

Norhizam berkata, seramai 33 individu ditahan termasuk pekerja dan kaki judi yang leka bertaruh di premis berkenaan.

“Siasatan awal mendapati premis judi ini hanya membenarka­n pemain judi warga asing memasuki premis itu.

“Premis berkenaan didapati menggunaka­n lesen permainan kanak-kanak bagi mengelakka­n mereka

 Pusat judi guna lesen permainan kanak-kanak ‘jaja’ berpuluh mesin judi simulator meja, simulator kotak

diserbu pihak katanya.

Menurutnya, polis merampas 10 unit mesin simulator pelbagai jenama, 30 mesin slot dan wang tunai RM5,229 dipercayai wang hasil taruhan.

“Semua tangkapan dibawa ke Balai Polis Rawang untuk proses dokumentas­i dan tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut

berkuasa,” Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Sekyen 55b, Sekyen 39b dan Seksye6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.

Operasi dilakukan itu adalah kejayaan terbaru selepas Unit Pencegahan Perjudian (D7A) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman turut menumpaska­n satu sindiket judi di Jalan Pandan 2/2, Pandan Jaya, di sini, kelmarin.. Sebanyak lima mesin simulator meja serta 20 mesin simulator kotak dirampas dalam serbuan itu.

Polis turut menahan dua pekerja lelaki warga Bangladesh serta tiga pelanggan terdiri daripada seorang lelaki tempatan, seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang pemegang Mykad bertaraf pemastauti­n tetap.

 ??  ?? PREMIS judi di Seksyen 7 Rawang yang menjadi lokasi warga asing berjudi diserbu polis.
PREMIS judi di Seksyen 7 Rawang yang menjadi lokasi warga asing berjudi diserbu polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia