Harian Metro

Lelaki Indonesia dibunuh berebut kontrak baiki rumah

-

Pelabuhan Klang: Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan terikat dengan beberapa kesan kelar di anggota badannya dipercayai dibunuh sebelum ditinggalk­an di kawasan hutan di tepi Lebuhraya Pulau Indah di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa ditemui oleh pemancing yang kebetulan melalui di kawasan berkenaan pada jam 6.30 petang kelmarin.

“Berdasarka­n siasatan di tempat kejadian, mangsa dipercayai seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga warga Indonesia.

“Mangsa ditemui dalam keadaan telentang dengan kedua-dua tangannya terikat dengan pada belakang badan mangsa.

“Mangsa juga mempunyai beberapa kesan kecederaan termasuk perutnya terburai serta ada kesan kelar di lehernya. Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya mengesyaki penemuan mayat mangsa ada kaitan dengan kes pergaduhan pada Rabu lalu antara dua kumpulan warga Indonesia di depan kontena projek pembanguna­n perumahan, di Kampung Telok Gong, di sini.

“Pergaduhan itu dipercayai berlaku berikutan perebutan sub kontrak kerja-kerja pembaikan rumah di kawasan berkenaan sehingga berlaku kecederaan akibat penggunaan sabit.

“Susulan pergaduhan itu, empat lelaki warga Indonesia mengalami kecederaan dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini. Dua daripada mereka cedera parah,” katanya.

Shamsul Amar berkata, pihaknya percaya penemuan mayat lelaki warga asing ini mempunyai kaitan dengan pergaduhan dua kumpulan itu namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Shah Alam: Polis mengesahka­n pemilik restoran yang mati ditembak di perhentian bas berhampira­n Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang, Khamis lalu, terbabit dengan kumpulan kongsi gelap Geng 08.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya tidak menafikan yang mangsa berkemungk­inan terbabit dengan sebarang aktiviti jenayah termasuk dadah.

“Kita lihat kejadian itu bermotifka­n tertentu. Mereka adalah Geng 08 dan saya tidak nafikan juga ada pembabitan unsur pengedaran dadah dan sebagainya.

“Kita melihat motif kejadian itu dan menyiasat ke arah aktiviti dadah,” katanya kepada wartawan selepas Latih Amal Ex-Undi Per PRU Ke-14 di hadapan Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Mazlan bagaimanap­un enggan mengulas lanjut berkenaan motif pembunuhan itu berikutan pihaknya menjalanka­n siasatan terperinci.

 ??  ?? SHAMSUL Amar
SHAMSUL Amar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia