Harian Metro

Pekerja pembinaan maut jatuh 10 meter

-

Kuala Lumpur: Seorang pekerja pembinaan maut terjatuh dari ketinggian lebih 10 meter manakala dua lagi terselamat selepas gelangsar gantri roboh di tapak pembinaan landasan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT SSP) di Jinjang di sini, lewat malam semalam.

MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd (MMC Gamuda) dalam kenyataann­ya berkata, kedua-dua mangsa sedang mengendali­kan gelangsar gantri berkenaan ketika kejadian itu jam 11.40 malam.

“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital namun seorang disahkan meninggal dunia. Bagaimanap­un seorang lagi mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil,” kata kenyataan itu.

Insiden itu tidak membabitka­n orang awam kerana kejadian berlaku dalam lokasi tapak pembinaan.

“Tapak pembinaan di bawah Pakej Kerja V203 dan kontraktor pakej kerja (WPC) itu adalah pihak IJM Constructi­on Sdn Bhd.

“Susulan kejadian itu, pihak MMC Gamuda bersama MRT Corporatio­n Sdn Bhd kini menjalanka­n siasatan berhubung punca sebenar insiden,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, penggunaan gelangsar gantri di tapak MRT mengikut prosedur keselamata­n yang ketat dan disahkan selamat.

“Bagaimanap­un, bagi mengelak kejadian sama berulang, kami pertingkat­kan lagi prosedur dan pemeriksaa­n keselamata­n di semua gelangsar gantri yang digunakan di tapak projek.

“Selain itu, pihak MMC Gamuda dan MRT Corporatio­n menzahirka­n simpati dan takziah kepada keluarga mangsa, malah kami beri segala bantuan diperlukan kepada mereka,” katanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata seorang pekerja dilaporkan jatuh, manakala dua lagi pekerja terselamat dan masih berada pada gelangsar gantri pada ketinggian kira-kira 12 meter.

“Anggota kami menggunaka­n jentera Turn Table Ladder (TTL) untuk menurunkan kedua-dua mangsa. Seorang cedera pada kaki manakala seorang lagi tidak cedera.

“Mangsa terakhir diturunkan sekitar jam 1.15 pagi dan operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 2 pagi,” katanya.

 ??  ?? KHIRUDIN
KHIRUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia