Harian Metro

Luah rindu terhadap ibu di tanah kubur setiap Jumaat

-

Tumpat: “Ama (mak) tidur,” itulah yang sentiasa diucapkan Nur Zulaikha Zakaria setiap kali datang melawat kubur arwah ibunya, Zawani Ismail di Tanah Perkuburan Islam Lada, Wakaf Bharu di sini.

Nur Zulaikha, 11, yang menghidap asma kronik dan terpaksa memakai bantuan pernafasan selama 24 jam kehilangan ibunya pada 15 Januari lalu dan kini dijaga oleh bapanya Zakaria Mohd Yusof, 67.

Zakaria berkata, setiap Jumaat, dia membawa Nur Zulaikha ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Kampung Dusun Langgar di sini.

Katanya, mereka menghabisk­an masa di tanah perkuburan kira-kira 10 minit kerana Nur Zulaikha hanya boleh menanggalk­an alat bantuan pernafasan selama 20 minit.

“Di tanah perkuburan, Nur Zulaikha akan baca doa yang dipelajari­nya dan meluangkan masa seketika bagi mengubati rindunya terhadap arwah ibunya,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di rumahnya selepas menerima kunjungan daripada penaung Yayasan Noor al-Syakur Tengku Puan Temenggong Kelantan, Puan Sri Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Katanya, walaupun anaknya tidak pernah menyebut perkataan rindu terhadap arwah emaknya, namun dia tahu jauh di lubuk hatinya, Nur Zulaikha amat merindui Zawani.

Zakaria berkata, sejak kematian isterinya, dia terpaksa berhenti kerja sebagai pemotong rumput.

Katanya, dia bimbang untuk tinggalkan Nur Zulaikha seorang diri terutama ketika abangnya pergi ke sekolah. “Namun begitu, saya tetap akan memotong rumput untuk tempoh dua atau tiga jam bagi membolehka­n saya menyara keluarga kecil ini,” katanya. Akhbar pada 17 Januari lalu melaporkan Zawani yang berusia 40 tahun meninggal dunia akibat penyakit kencing manis pada 15 Januari lalu.

 ??  ?? TUNKU Noor Hayati melawat Zakaria dan Nur Zulaikha yang menghidap penyakit asma kronik di rumahnya di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu.
TUNKU Noor Hayati melawat Zakaria dan Nur Zulaikha yang menghidap penyakit asma kronik di rumahnya di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia