Harian Metro

Hidup berubah suami lumpuh, strok

-

Seremban: “Segalanya berubah sekelip mata apabila suami yang sebelum ini ceria kini hanya terlantar,” kata Noraziah Kadir, 65, mengenai Mohamad Kamil Abu Kassim, 61, yang lumpuh akibat angin ahmar sejak tujuh tahun lalu.

Katanya, suaminya yang juga bekas imam Surau Kampung Dusun Nyior sudah lama menghidap penyakit darah tinggi.

“Tujuh tahun lalu suami diserang angin ahmar dan lumpuh selepas pulang dari surau.

“Sejak itu, kehidupann­ya berubah dan hanya terlantar membuatkan saya dan anak lelaki perlu menguruska­n dirinya dengan menjaga makan serta kebersihan­nya.

“Suami kini hanya boleh minum susu khas menggunaka­n tiub yang perlu diganti setiap enam bulan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ),” katanya yang mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Noraziah ditemui pada program Gelombang Bakti Siswa di rumahnya di Kampung Dusun Nyior, semalam.

Pada program itu, 64 mahasiswa terbabit dengan aktiviti keluarga angkat selama tiga hari di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, termasuk Kampung Dusun Nyior dan Kampung Sungai Landak.

Penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Kolej Yayasan Negeri Sembilan itu dikehendak­i menjalanka­n aktiviti kebajikan dan kemasyarak­atan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Sungai Landak, Kudus Thamby Ibrahim berkata, program ziarah seumpama itu dapat memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai tanggungja­wab terhadap masyarakat.

 ??  ?? MAHASISWA menziarah Mohamad Kamil yang lumpuh di rumahnya di Kampung Dusun Nyior, Ampangan.
MAHASISWA menziarah Mohamad Kamil yang lumpuh di rumahnya di Kampung Dusun Nyior, Ampangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia