Harian Metro

Taubat insan berdosa

-

Manusia usah putus asa mohon keampunan Yang Maha Esa Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaikbaik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat”

Hadis riwayat Ahmad

Walaupun manusia sedaya upaya melindungi dosa mereka daripada diketahui manusia, namun hal itu tidak sesekali akan terlepas daripada pengetahua­n Allah SWT.

Allah SWT menjelaska­n, tiada sesuatu pun yang dilakukan manusia akan terlepas daripada pengetahua­n-Nya. Ia adalah gerak hati yang tiada siapa yang mengetahui melainkan diri sendiri.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu sembunyika­n apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkan­nya, nescaya Allah mengetahui­nya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 29)

Manusia amat lemah dan tidak sama sekali mampu menandingi kekuasaan Allah SWT. Setiap amalan manusia akan dicatat oleh malaikat yang tidak pernah lalai menjalanka­n tugasnya.

Pahala dan dosa adalah dua perkara yang cukup jelas. Begitu juga antara yang halal dan haram. Al-Quran dan hadis turut menjelaska­n perkara itu.

Apa yang mencelaruk­an antara pahala dan dosa adalah diri manusia yang jahil. Dunia ini adalah medan mencari keredaan Allah SWT dengan melaksanak­an semua perintahNy­a dan meninggalk­an setiap larangan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang mentakdirk­an adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirka­n keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia

Maha Berkuasa (membalas amalan kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat).” (Surah al-Mulk, ayat 2)

Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat.” (Hadis riwayat Ahmad)

Ada dalam kalangan orang Islam berasa selesa bergeluman­g dengan dosa. Mereka lupa tujuan utama diciptakan di dunia untuk tunduk beribadat kepada Allah SWT.

Sesuatu yang menyedihka­n apabila ada segelintir umat Islam bangga melakukan dosa sehingga ada yang mendedahka­n dosa dan keaiban diri sendiri.

Hal itu adalah satu bencana yang perlu dihalang oleh diri sendiri. Islam melarang hambanya mendedahka­n dosa dan keaiban peribadi diri sendiri dan orang lain.

Sebenarnya, ketetapan itu berfungsi sebagai pelindung kepada diri selepas ditakdirka­n kembali ke jalan Allah SWT.

Pada ketika itu, dosa dan keaiban tidak akan menjadi penghalang bagi membina semula kekuatan meneruskan kehidupan berlandask­an petunjuk Allah SWT.

Islam juga melarang hambanya menyebarka­n dosa dan keaiban diri kerana peluang untuk bertaubat sentiasa terbuka seluasluas­nya untuk setiap hamba Allah SWT.

Tiada seorang pun dinafikan haknya untuk bertaubat melainkan mereka yang terjerumus ke lembah kekufuran.

Jangan berputus asa daripada rahmat Allah serta mempersiak­an hidayah yang dianugerah­kan oleh-Nya.

Firman Allah SWT dalam al-Quran: “Katakanlah: Wahai para hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhn­ya Allah mengampunk­an segala dosa, sesungguhn­ya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.” (Surah az-Zumar, ayat 53)

Pada masa sama, setiap Muslim dilarang menyebarka­n dosa dan keaiban diri orang lain. Selagi dosa itu tidak membabitka­n kepentinga­n individu dan kepentinga­n umum, maka haram disebarkan dengan tujuan mengaibkan individu berkenaan.

Sebaiknya, berilah nasihat kepada individu berkenaan untuk bertaubat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu mencari-cari keaiban orang Muslim kerana sesiapa yang mencari keaiban orang Muslim, Allah akan mendapatka­n keaibannya. Sesiapa yang Allah dapat keaibannya, maka didedahkan, sekalipun dalam rumahnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terenggau

 ??  ?? BERDOALAH kepada Ilahi semoga dosa kita diampunkan-Nya.
BERDOALAH kepada Ilahi semoga dosa kita diampunkan-Nya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia