Harian Metro

Taman KWC bukan lagi ‘setinggan’

-

Minggu ini saya membawa pembaca menjejak sebuah legenda kehidupan di bandar yang pernah menjadi perhatian dunia terletak di Hong Kong.

Legenda ini walaupun hanya sebuah gugusan perumahan rumah pangsa, tersirat di dalamnya kisah suka manusia dan perjuangan untuk hidup.

Gugusan rumah pangsa ini dikenali dengan nama Kowloon Walled City atau ringkasnya KWC.

KWC sesuai dengan namanya memang semula jadinya sebuah kota tentera.

Jika anda pernah menonton filem Jean-Claude Van Damme bertajuk Bloodsport 1988, latar filem tersebut memang menggambar­kan KWC.

Ia sentiasa kelam, berlendir, berbau kusam dan masam serta membuatkan nafas anda sesak.

Permainan video seperti Kowloon Gate dan Call of Duty: Black Ops juga menggambar­kan KWC sebagai latar lokasi serta senario permainan.

Ia sememangny­a menakjubka­n sebagai sebuah keajaiban pembanguna­n perumahan tanpa sebarang perancanga­n terunggul abad ke-20.

KWC tiada undang-undang. KWC tiada cukai pendapatan. Ia sebuah kawasan setinggan bandar atau istilahnya kemiskinan bandar yang tiada masa depan.

Seluas 2.79 hektar kawasan itu dikuasai penjenayah dan kongsi gelap, dadah dan pelacuran, doktor tidak bertauliah, pengedaran barangan haram dan tiruan serta mencatat rekod sebagai ruang terpadat di dunia. Tidak terpecah rekod itu sampai hari ini.

Walaupun KWC tiada lagi apabila dirobohkan kira-kira 25 tahun lalu, semangatny­a untuk hidup meresapi generasi lain yang tinggal di kawasan lebih baik dengan masa depan yang lebih terjamin.

Dianggarka­n terdapat 50,000 penduduk tinggal di KWC. Ia mungkin bermula dengan beberapa blok perumahan yang kemudian ditambah dengan pesat tanpa kawalan dan perancanga­n.

Contohnya, ruang membuang sampah dijadikan lot rumah dengan hanya menambah bumbung di atas ruang pengumpula­n sampah yang bersimen.

Bumbung tersebut akan diperkukuh dengan besi atau simen dan ditegakkan pula rumah kedua di atasnya. Begitulah seterusnya, pantang ada ruang kosong.

Di antara flat tersebut, juga dibina flat yang lebih tinggi. Ini menyebabka­n penduduk di tingkat 10 misalnya boleh membuka tingkap dan bebas melangkah masuk ke mana-mana rumah yang mereka mahu.

Pembinaan rumah tidak terhenti di tingkat 10. Mereka terus membina tanpa henti. Terus menuju ke angkasa. Hasilnya koridor hilang cahaya matahari.

Anda juga tidak boleh berjalan dengan normal kerana terpaksa sering menunduk mengelakka­n paip air berselirat dan kabel elektrik serta telefon yang berjuntai.

Jika di Malaysia pada 1970-an dan 1980-an, kita biasa dengar istilah setinggan. Ia membabitka­n kawasan sama ada di Kampung Baru atau Setapak, Sentul, Keramat, Kuchai serta Sungai Besi semuanya setinggan yang masing-masing mahu membina kehidupan dan keluar daripada kemiskinan.

Kehidupan di Kuala Lumpur ketika itu yang berlatar belakangka­n bas mini, inflasi, penganggur­an dan kemiskinan adalah sama dengan KWC di Hong Kong.

Bezanya setinggan di Kuala Lumpur bertaburan di atas tanah. Setinggan di Jakarta dan Bangkok juga di atas tanah atau tepi sungai. Pada awal 1990-an, kerajaan Hong Kong ketika itu mengambil satu keputusan besar untuk memusnahka­n KWC dan memindahka­n penduduk ke kawasan lain.

Kerajaan melakukan banci dan mendapati KWC walaupun miskin, namun lengkap. Makanan, minuman, malah kerja juga sentiasa ada. Penduduk KWC ibarat rakyat sebuah negara di dalam negara.

KWC itu sendiri sebuah institusi yang lengkap, cuma diperintah oleh puak kongsi gelap. Banci tersebut mendapati terdapat 33,000 penduduk dengan lebih 300 bangunan kayu saling berhubung di antara satu sama lain.

Kawasan bumbung popular sebagai taman permainan kanak-kanak dan lokasi aktiviti sosial. Bumbung juga satu-satunya kawasan yang mendapat cahaya matahari.

Di bumbung ini juga satu-satunya pemandanga­n yang paling menakjubka­n dapat dilihat apabila juruterban­g setiap pesawat komersial atau kargo akan membuat lintas selekoh tajam untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kai Tak. Tiga rekod tercatat di sini.

KWC sebagai kawasan perumahan terpadat di dunia. Kai Tak sebagai lapangan terbang paling sibuk di Asia dan lintas selekoh tajam yang paling berbahaya di dunia.

Andai seseorang juruterban­g silap perhitunga­n dan terlajak sedikit dari sudut lintas selekoh itu, kapal terbang terbabit akan ‘mendarat’ di atas KWC.

Ataupun jika bernasib baik, ia cuma terlajak di hujung landasan dan terjatuh ke dalam laut.

Polis Hong Kong tidak jemu melawan jenayah dan kongsi gelap di KWC. Antara geng terkenal ialah 14K dan Sun Yee On.

Pernah polis terpaksa mengerahka­n 3,500 anggota untuk operasi satu malam bagi menggeleda­h KWC yang cuma berkeluasa­n 2.79 hektar.

Pada 1994, operasi merobohkan berjalan. Saya terbayangk­an ia seperti merobohkan Flat Pekeliling di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

KWC dijelmakan pada 1995 sebagai Taman KWC.

Ia kekal sebagai sebuah taman awam yang mendamaika­n, namun menyimpan suka duka generasi terdahulu yang mendepani cabaran pemodenan Hong Kong.

Hong Kong sama seperti kota terkemuka dunia mendirikan menara kejayaan daripada runtuhan dosa dan noda silam ibarat insan berkeperib­adian tinggi di antara tiang yang berselerak­an.

Penulis adalah pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia