Harian Metro

Terap falsafah tae kwan do

Seni pertahanka­n diri sarat elemen hormat, disiplin, ketahanan dan kesabaran

- Mohd Husni Mohd Noor news@nstp.com.my

Tae kwan do memainkan peranan positif dalam mempromosi dan memperkuku­h masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, tae kwan do mengajar lebih daripada sekadar seni mempertaha­nkan diri selain menerapkan elemen penghormat­an, disiplin, ketahanan dan kesabaran.

“Ini sifat yang akan saya lihat dalam generasi belia masa kini,” katanya pada majlis perasmian Kejohanan Terbuka Tae kwon do Sedunia G1 2018 di sini, semalam.

Najib juga berbangga dengan kerjasama erat yang terjalin antara Persekutua­n Tae kwan do Dunia (WTF) dan Tae kwan do Malaysia (TM) bagi menubuhkan Akademi Taekwando di negara ini.

Beliau turut memuji langkah WTF menerusi Yayasan Kemanusiaa­n Tae kwon do (THF) yang terbabit dalam pelbagai program kemanusiaa­n di seluruh dunia.

Menurutnya, usaha oleh THF itu selari dengan inisiatif Malaysia menubuhkan Hospital Medan di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S Vigneswara­n yang juga Presiden Taekwando Malaysia (TM), Timbalan Presiden TM Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan Presiden WTF Dr Chungwon

Choue.

Terdahulu, pada program sama, sumbangan RM1 juta turut diserahkan kerajaan kepada TM bagi program pembanguna­n seni bela diri itu di negara ini.

Penyerahan sumbangan berkenaan diserahkan oleh Najib kepada Vigneswara­n.

Sementara itu, TM turut menyerahka­n sumbangan sebanyak RM60,000 kepada WTF bagi menyokong program kemanusiaa­n yang dijalankan pertubuhan seni bela diri itu.

Najib turut menerima sijil tali pinggang hitam kehormat daripada WTF yang diserahkan sendiri oleh Dr Chungwon.

Difahamkan, seramai 600 peserta menyertai kejohanan membabitka­n 19 negara.

Kejohanan bertaraf antarabang­sa itu pertama kali dianjurkan di Malaysia bermula Khamis lalu dan berakhir semalam.

 ??  ?? NAJIB bersama sebahagian peserta taekwando.
NAJIB bersama sebahagian peserta taekwando.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia