Harian Metro

Pengarah JSJ naif undang-undang Australia

-

Kuching: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd disifatkan sedikit naif berkenaan undang-undang dikuatkuas­akan kerajaan Australia ketika menghantar wang pembiayaan pengajian dua anaknya ke negara itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, wang melebihi AUD$10,000 (RM30,493.50) yang dihantar ke negara berkenaan perlu mendapat kebenaran khusus berdasarka­n peraturan negara itu.

“Isu berkenaan pembiayaan wang berkenaan timbul pada 2016 lagi dan Wan Ahmad sudah memberi penjelasan kepada saya berkaitan perkara itu. Saya menerima penjelasan terbabit dengan yakin bahawa beliau adalah jujur.

“Cuma, beliau mungkin naif membabitka­n undang-undang berkaitan penghantar­an wang pembiayaan itu kerana walaupun wang itu diperoleh hasil jualan rumah, namun ia melebihi daripada jumlah yang dibenarkan kerajaan Australia iaitu hadnya adalah AUS$10,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Taklimat Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataann­ya berkata, siasatan dalaman dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada 2016 mendapati wang berjumlah AUS$320,000 (RM975,792.00) milik Wan Ahmad dalam akaun di Australia adalah sah hasil penjualan sebuah rumahnya di Shah Alam, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia