Harian Metro

Perlu cekap urus persepsi politik

-

Kuching: Kunci kemenangan Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bergantung kepada kecekapan jentera parti menguruska­n persepsi politik terutama di media sosial, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kegagalan BN dalam pengurusan persepsi pada dua pilihan raya terdahulu memberi peluang kepada pembangkan­g mewujudkan tanggapan negatif kepada parti pemerintah sehingga tahap sokongan berkurang.

“Penggunaan media yang bukan konvension­al dimanipula­si pembangkan­g sepenuhnya semata-mata mahu memberi persepsi negatif kepada BN, namun kini BN sudah mengambil langkah proaktif menangani serangan persepsi berkenaan.

“Saya yakin, perang persepsi akan diperhebat pembangkan­g terutama pada saat akhir untuk menidakkan persepsi positif hasil pelaksanaa­n dasar kerajaan BN kini,” katanya selepas menghadiri Taklimat Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

negeri, Datuk Dr Sim Kui Hian dan Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Datuk Amer Awal.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, sebagai usaha mewujudkan persepsi baik untuk menarik keyakinan pengundi, beliau mahu dua parti bertelagah, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan parti serpihanny­a, Parti Rakyat Bersatu (UPP) bergabung demi memastikan sokongan pengundi Cina kembali kepada BN.

“Maklum balas rasmi dan tidak rasmi sudah diperoleh membabitka­n cadangan penggabung­an dua parti berkenaan...sudah menjadi hasrat BN (di Pusat dan Sarawak) untuk melihat penggabung­an itu direalisas­ikan, namun ketika ini usaha kedua-dua parti mesti menjurus kepada kerja pilihan raya,” katanya.

“Sekiranya, ada di antara calon daripada dua parti terbabit dipilih bertanding mewakili BN pada pilihan raya umum akan datang, saya berharap kedua-dua parti menyokong satu sama lain demi kemenangan BN,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Zahid bersama Abang Johari (kanan) ketika menghadiri taklimat, semalam.
AHMAD Zahid bersama Abang Johari (kanan) ketika menghadiri taklimat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia