Harian Metro

IMPIAN ATILIA, LOKMAN TERLAKSANA

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Tampil dengan lagu baru berjudul Segalanya,

Atilia Haron mempunyai sebab tersendiri memilih Lokman Aslam menjadi rakan duetnya.

Walaupun gandingann­ya bukanlah nama besar dalam industri muzik, perkara itu bukanlah satu masalah besar buatnya.

Menurut Atilia, dia tertarik dengan sikap Lokman yang bertapak dalam dunia seni bukan kerana mengejar populariti sematamata. Tambahan pula, anak muda itu mempunyai bakat besar sebagai penyanyi, penulis lirik dan penggubah lagu.

Sudah berkenalan dan menjalin persahabat­an sejak lapan tahun lalu, mereka sering dilihat mengadakan persembaha­n bersama.

Kadang-kadang Lokman turut menyumbang­kan suara selain berada di belakang sebagai pemuzik.

“Kami seperti adik-beradik. Kami sudah lama kenal dan merancang keluar dengan lagu duet tetapi disebabkan masing-masing sibuk dengan komitmen, impian itu hanya terlaksana tahun lalu menerusi lagu Segalanya. Nama penyanyi muda berbakat besar dari Singapura, Aisyah

Aziz, 23, melonjak selepas meraih sembilan pencalonan pada Anugerah Planet Muzik (APM) tahun lalu.

Malah, lagu duetnya berjudul Senyum Saja bersama penyanyi Haikal Ali juga diangkat sebagai Lagu Terbaik (Singapura) pada anugerah terbabit.

Terbaru, Aisyah mempertaru­hkan lagu duetnya bersama penyanyi Indonesia, Rizky Febian berjudul Indah Pada Waktunya.

Klip video lagu Indah Pada Waktunya yang dimuat naik di YouTube sejak 25 Januari lalu turut mendapat sambutan positif dengan meraih lebih sejuta tontonan.

Lebih menarik, lagu itu turut dijadikan drama bersiri lapan episod yang ditayangka­n di YouTube.

Pemilik nama sebenar Nur Aishah Aziz ini tidak menyangka lagu duetnya bersama Rizky itu meninggalk­an kesan mendalam kepada peminat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia