Harian Metro

Saling mengagumi

- DARI MUKA R23

Lagu Segalanya siap ditulis Lokman sejak 6 tahun lalu khas untuk duet bersama Atilia

“Istimewany­a lagu ini adalah pada lirik dan juga melodi yang harmoni. Ia umpama dialog antara dua individu. Memang tidak boleh dinyanyika­n seorang diri. Saya kagum dengan bakat yang ada pada Lokman,” kata Atilia.

Mempunyai pandangan tersendiri mengenai lagu genre jaz yang sinonim dengannya, Atilia tidak kisah walaupun namanya tidak terkenal dan mempunyai bilangan peminat yang sedikit.

Anak kepada penyanyi veteran, Salamiah Hassan juga tidak mengejar bayaran puluhan ribu ringgit untuk setiap persembaha­n.

Paling penting adalah kepuasan melihat tetamu terhibur dan menghargai lagu dendangann­ya.

“Melihat peminat terhibur dan menghargai lagu yang dinyanyika­n sudah cukup membuatkan saya berpuas hati. Walaupun cuma ada seorang peminat, saya tetap bersyukur kerana tahu dia individu yang setia menyokong karier saya sejak album Sangkar sehingga sekarang.

“Saya mungkin tidak popular seperti penyanyi lain tetapi pada usia 44 tahun, masih ada di sini. Saya masih bergiat aktif memenuhi undangan dan mencari material untuk lagu seterusnya,” katanya.

Bagi Lokman pula, dia melihat kerjasama itu sebagai salah satu portfolio pada kariernya.

Anak muda yang mula menceburi bidang seni menerusi One In A Million (OIAM) musim pertama itu percaya, masih ramai yang mendambaka­n elemen muzik jaz untuk memuaskan telinga mereka.

Komposer lagu Aku

Cinta Padamu yang digunakan bagi iklan Fair & Lovely itu mencari ruang untuk dikenali dengan strategi tersendiri.

Dia percaya populariti akan datang apabila umum menyedari kualiti lagu yang dihasilkan­nya.

Menulis lagu Segalanya, kata Lokman, single itu sudah siap ditulis sejak enam tahun lalu dan dicipta khas untuk duet bersama Atilia. Dia lega lagu itu akhirnya berjaya disiapkan.

“Saya bersyukur dapat berkenalan dengan Atilia. Kami berkongsi dan meminati muzik yang sama. Kami juga selalu sama-sama membuat persembaha­n. Peminat memang sudah sedia maklum, kalau tidak nyanyi bersama Atilia, saya akan bermain muzik.

“Saya buat lagu sebab saya suka. Saya mahu dikenali kerana lagu yang saya bawakan dan bukan kerana mengikut arus kehendak pendengar pada masa kini. Saya mahu rasa gembira selepas selesai membuat persembaha­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia