Harian Metro

SIAPA artis paling fantastik

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Terus komited menghiburk­an pendengar, stesen radio dan digital

Hot FM bakal memulakan pentas realiti Fantastik 4 2018 hari ini.

Ia akan bersiaran selama lima minggu dengan menampilka­n empat penyanyi berbakat tanah air.

Tahun lalu, program ini menampilka­n Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Tajul dan Khai Bahar sebagai peserta Fantastik 4.

Kali ini, peminat akan melihat Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Ara

Johari dan Naim Daniel menunjukka­n bakat masing-masing.

Ketua Program Hot FM Ainul Farhana berkata, pemilihan empat artis yang bertanding dalam Fantastik 4 agak sukar kerana ramai yang berbakat.

Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum memilih selebriti berkenaan.

“Fantastik 4 kembali lagi tahun ini dengan dengan empat artis yang mempunyai bakat fantastik. Pemilihan artis agak sukar kerana ramai yang berbakat besar. Kami perlu meneliti beberapa aspek sebelum memilih Wany, Naim, Ara dan Haqiem.

“Pemilihan ini berdasarka­n pencapaian mereka dalam bidang nyanyian. Wany, Ara dan Haqiem adalah finalis AJL 32 dan kebolehan mereka tidak boleh disangkal lagi. Haqiem juga adalah pemenang tempat ketiga. Naim pula anak seni serba boleh, dia menceburi bidang lakonan dan berbakat dalam nyanyian,” katanya.

Peserta Fantastik 4 tahun ini akan diadili Edry Abdul Halim selaku juri tetap ditemani juri jemputan pada setiap minggu.

Sistem pemarkahan pula terbahagi kepada dua iaitu 50 peratus daripada panel juri dan sebahagian lagi secara undian peminat atas talian.

Pada minggu pertama, keempat-empat peserta akan menyanyika­n sebuah lagu solo dan harus menyampaik­an lagu duet.

Penyanyi Misha Omar diundang sebagai juri jemputan yang akan bersama Edry membuat penilaian pada malam persembaha­n itu.

Pihak pengurusan Hot FM akan memberikan tugasan lagu yang berlainan setiap minggu. Ini adalah cabaran mereka agar dapat memberikan persembaha­n fantastik bagi menggondol hadiah utama.

Wany akan menyanyika­n lagu

Rintihan Rindu manakala Haqiem pula membawakan lagu barunya berjudul Jatuh Bangun. Sementara itu, Ara dan Naim masing-masing akan menyayikan lagu Bunga dan Sekali Lagi.

Menerusi lagu duet, Wany akan berganding dengan Haqiem menerusi lagu Aku Cinta nyanyian asal Syamel dan Ernie Zakri. Ara Johari dan Naim pula dicabar dengan lagu Selamanya Cinta.

Untuk mengundi, pendengar boleh ke laman web rasmi stesen Hot FM di www. hotfm.com.my Undian atas talian hanya dibuka pada hari Isnin jam 11 malam dan ditutup pada hari Ahad tepat jam 11.59 malam.

Juara bakal merebut hadiah utama berjumlah RM20,000 beserta trofi dan sekiranya mereka menjadi pilihan juri untuk ‘Artis Paling Fantastik’ minggu ini, mereka akan membawa pulang ke RM5,000.

Program ini turut menampilka­n Shuk,

Ajak dan Fizie sebagai pengacara.

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA Fantastik 4 HOT FM
2018.
PESERTA Fantastik 4 HOT FM 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia