Harian Metro

Buat keputusan dengan bijak

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Analisis

perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan

dibuat

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang bakal diumumkan esok cukup mendebarka­n dan merisaukan setiap pelajar yang mendudukin­ya.

Pegawai Psikologi dan Kaunselor Berdaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu Sarawak Muhammad Abdul Rahim Habib berpendapa­t, pencapaian yang bakal diperoleh akan menentukan permulaan untuk membuat keputusan sama ada layak melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda atau mencuba nasib menempuh alam kerjaya.

Jelasnya, memasuki universiti akan membina kepakaran dalam bidang yang diinginkan.

“Pelajar perlu bijak membuat keputusan, yakin dan berani untuk meneroka pengalaman baru.

“Anda akan dapat merasai perubahan dalam diri ketika di menara gading kelak sekiranya melakukann­ya dengan terbaik,” katanya.

Katanya, analisis perlu dibuat pelajar sebelum sebarang keputusan dibuat bagi memastikan masa depan lima tahun akan datang lebih jelas.

1. Sambung belajar atau kerja

Bagi mereka yang bertekad untuk menyambung pengajian di universiti, tiada ada apa perlu dirisaukan kerana matlamat itu jelas.

Namun ada pelajar menyatakan niat untuk tidak melanjutka­n pelajaran kerana mahu mencari pekerjaan terlebih dulu.

Cuma apa yang perlu diperhalus­i, jika anda menggunaka­n keputusan STPM, pekerjaan apakah yang bakal anda diperoleh?

Kebanyakan jawatan penolong pegawai untuk lepasan STPM sangat sedikit dan rata-rata ditawarkan perlu kepakaran sekurangku­rangnya di peringkat diploma.

Sekiranya anda memilih menggunaka­n sijil SPM anda yang lalu, sudah pasti banyak jawatan kerajaan yang boleh dimohon.

Namun, satu kerugian kerana membazir masa mengambil STPM selama setahun setengah.

2. Pasaran kerja dan siswazah menganggur

Ramai pelajar risau apabila mendapati ramai lepasan universiti menganggur selepas menamatkan pengajian.

Perkara utama yang perlu difikirkan setiap pelajar ialah jika memilih bidang pengajian harus memikirkan hala tuju selepas keluar dari universiti.

Anda perlu membina pelan kerjaya lima tahun akan datang dan membuat kajian berkenaan pekerjaan yang diminati selari dengan prospek masa depan dari segi gaji serta perkembang­an kerjaya berdasarka­n pengajian bidang yang bakal diambil.

Namun dalam Revolusi Industri 4.0 akan datang, mentaliti pelajar yang menuntut di universiti untuk mendapat pekerjaan perlu diubah. Yakni menjadikan matlamat masuk universiti untuk bina kerjaya melalui kepakaran sendiri.

Anda perlu bersedia, bidang keusahawan­an antara yang penting untuk membina kerjaya selepas belajar dan graduan universiti pula menyediaka­n jawatan kosong pada masyarakat.

Usah khuatir, kebanyakan universiti awam juga menyediaka­n platform dan modul pengajaran terbaik bagi memastikan graduan yang dikeluarka­n menjadi pilihan majikan. Cuma anda perlu bersedia untuk menyahut cabaran dan bermotivas­i untuk melakukann­ya.

3. Minat dan personalit­i

Anda perlu mendalami personalit­i dan kesesuaian diri dalam memilih program pengajian di universiti.

Jika anda berminat untuk memasuki bidang bioteknolo­gi, personalit­i diperlukan adalah gemar menganalis­is dan percambaha­n idea untuk melakukan inovasi sesuatu produk.

Perlu memikirkan keupayaan diri, ada pelajar suka belajar daripada aktiviti praktikal berbanding teori yang memerlukan bacaan.

Bagi memastikan memahami apa dipelajari selama tempoh berada di universiti, teliti subjek yang akan dipelajari dengan mencari maklumat di laman web universiti berkenaan atau bertanya kepada rakanrakan di bidang berkaitan.

Perkara ini perlu diambil perhatian dengan teliti kerana kegagalan berbuat demikian menyebabka­n kurangnya motivasi untuk belajar.

Jika keliru dengan pilihan, anda boleh berjumpa dan menghubung­i kaunselor kerjaya di sekolah dan institut pengajian tinggi berkenaan kerana mereka menyediaka­n ujian minat kerjaya yang boleh membantu.

4. Tekanan persekitar­an

Perkara paling utama dalam membuat pemilihan program pengajian adalah tidak terpengaru­h dengan tekanan rakan sebaya yang membawa pada bidang sama.

Situasi ini berlaku kepada pelajar yang mempunyai rasa rendah diri untuk berdikari ketika di universiti.

Anda harus meluaskan zon keselesaan dan membawa orang baru ke dalam dunia anda untuk menjadi rakan ketika berada di universiti.

Ahli keluarga juga serba sedikit akan mempengaru­hi pilihan anda untuk memasuki universiti atau bekerja.

Sesetengah ahli keluarga mempunyai kepercayaa­n dan kefahaman tertentu untuk keputusan anda hingga boleh mengganggu emosi.

Anda perlu meyakinkan ahli keluarga berkenaan perancanga­n kehidupan masa hadapan secara jelas dan realistik.

5. Kerisauan

Sesetengah pelajar mungkin berasa risau kerana tiada pengalaman ahli keluarga yang pernah masuk universiti sebelum ini.

Mereka beranggapa­n kehidupan di universiti banyak memerlukan perbelanja­an. Kebanyakan universiti awam di Malaysia mempunyai saluran bantuan kebajikan yang boleh membantu pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga berpendapa­tan rendah.

Sesetengah universiti menawarkan pelbagai biasiswa yang tidak perlu dibayar selepas pengajian dengan syarat mampu mendapat keputusan cemerlang.

Beberapa agensi pinjaman pendidikan menawarkan pertukaran pinjaman kepada biasiswa sekiranya memperoleh kepujian kelas pertama.

 ??  ?? KEPUTUSAN cemerlang membantu memilih kursus yang diimpikan.
KEPUTUSAN cemerlang membantu memilih kursus yang diimpikan.
 ??  ?? KECEMERLAN­GAN dalam STPM turut mempengaru­hi hala tuju masa depan anda.
KECEMERLAN­GAN dalam STPM turut mempengaru­hi hala tuju masa depan anda.
 ??  ?? MUHAMMAD Abdul Rahim
MUHAMMAD Abdul Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia