Harian Metro

Platform saling bertukar pengalaman

-

DARI MUKA N31

Peserta, Fatin

Safwanah Jummain, 20, berkata, pendedahan berkenaan kerjaya dalam slot Create Your Future yang disampaika­n mufti membuka mata dan fikirannya untuk tidak hanya membataska­n citacita sebagai seorang ustazah.

“Banyak bidang memerlukan ilmuwan Islam. Walau apa pun kerjaya, kita tetap seorang pendakwah yang mempunyai tanggungja­wab besar,” katanya.

Selain pelajar ITQAS,

119 peserta lain turut hadir iaitu penuntut dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah, Kolej Tingkatan 6 Kota Kinabalu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon dan SM All Saints.

Masing-masing menjadikan MYPROSPEC sebagai platform untuk berintegra­si dan saling bertukar pengalaman.

Program ITQAS itu dirasmikan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan UMS Zawawi Tiyunin.

Zawawi berkata, peserta harus memanfaatk­an program MYPROSPEC kerana ia dikongsi pakar dalam bidang tertentu.

“Saya melihat MYPROSPEC memberi pendedahan berguna kepada pelajar khususnya berkenaan Revolusi Industri 4.0.

“Penceramah melontar idea bernas supaya potensi ini dapat digunakan dengan baik dan membawa manfaat besar kepada masa depan pelajar,” katanya.

MYRPOSPEC 4.0 ini turut dijalankan serentak di Semenanjun­g Malaysia iaitu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Beberapa penceramah hebat turut diundang antaranya Presiden Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM Mohd Syafiq Zainal, Ketua Unit Penyelidik­an Psikologi dan Kesihatan Sosial, Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS Dr Ferlis Bullare @ Bahari, Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Aminuddin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Yun Fook Resources Sdn Bhd Datuk Yap Yun Fook dan pensyarah Fakulti Kejurutera­an UMS Dr Razak Mohd Ali Lee.

- Fazurawati Che lah

 ??  ?? PEMBENTANG­AN
oleh peserta.
PEMBENTANG­AN oleh peserta.
 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan.
PESERTA bergambar kenangan.
 ??  ?? AKTIVITI yang menguji kerjasama
peserta.
AKTIVITI yang menguji kerjasama peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia