Harian Metro

UTM lancar pusat kerjaya digital

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melancarka­n Pusat Kerjaya Digital di Skudai, Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

Pengarah Pusat Kerjaya Digital UTM Prof Madya Dr Othman Ibrahim berkata, pusat hab sehenti itu menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an berkaitan kerjaya siswa dan majikan.

Katanya, pusat kerjaya itu turut menganjurk­an aktiviti yang membabitka­n penggerak industri sektor teknologi digital.

“Melalui pusat ini, kami juga menawarkan beberapa sistem dalam talian yang boleh diakses penuntut dan industri, antara lain Job4U, Job on Campus (JoC) serta Sistem Latihan Industri (ITS).

“Selain itu, Pusat Kerjaya Digital bertanggun­gjawab menganjurk­an program pembanguna­n kerjaya menggabung­kan pembabitan aktif rakan industri dalam usaha menyampaik­an maklumat dan tawaran pekerjaan kepada pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran pusat itu yang disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi

Digital Malaysia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood.

Pada masa sama UTM turut sebagai diiktiraf Universiti Teknologi

Digital Premier daripada Kementeria­n Pendidikan Tinggi dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Sempena majlis itu, UTM memeterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan rakan industri iaitu Pusat Kecemerlan­gan Inovasi Media dan Permainan (MaGICX) bagi memberi pengalaman pembelajar­an lebih maju kepada siswa serta rakan ekosistem.

MaGICX mempamerka­n Classroom of the Future berupa penyelesai­an realiti maya untuk membangunk­an kemahiran kreatif baharu dan menawarkan pengalaman ‘belajar dengan melakukan.’

Sementara itu, Yasmin berkata, UTM adalah satu daripada lapan institusi pengajian tinggi (IPT) menerima pengiktira­fan pada Ogos lalu atas kelayakan.

Selain komitmen universiti berkenaan dalam penawaran kursus teknologi digital terkemuka yang berjaya melahirkan graduan berkemahir­an tinggi dan mampu memenuhi tuntutan kerjaya digital masa depan.

“Kami perlu memastikan generasi muda yang memasuki IPT mendapat pendidikan berkualiti.

“Kami berharap dapat melancarka­n lebih banyak Pusat Kerjaya Digital di IPT Premier bagi membolehka­n setiap institusi ada kemudahan terbaik untuk meningkatk­an pembabitan pelajar dengan rakan industri,” katanya.

Selain UTM, tujuh lagi IPT tempatan diiktiraf sebagai Universiti Teknologi Digital Premier ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Taylor’s University, Universiti Sunway, Universiti Multimedia (MMU), Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Asia Pasifik (APU).

 ??  ?? YASMIN (tiga dari kanan) dan Dr Othman (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Pusat
Kerjaya Digital UTM.
YASMIN (tiga dari kanan) dan Dr Othman (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Pusat Kerjaya Digital UTM.
 ??  ?? PUSAT Kerjaya Digital UTM.
PUSAT Kerjaya Digital UTM.
 ??  ?? YASMIN mencuba permainan digital.
YASMIN mencuba permainan digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia