Harian Metro

USAH BAZIRKAN MASA MUDA

-

Mengembara, cari pengalaman

bekerja antara disarankan

Masa

Inilah masanya untuk anda menabung dan pergi mengembara secara solo atau bersama rakan yang ‘satu kepala’.

Aktiviti ini juga sudah menjadi satu trend dalam kalangan remaja masa kini yang bukan saja mahu mengembara malah berkongsi jadual perjalanan dan gambar menarik di media sosial.

Mengembara ke seluruh dunia memberi peluang kepada anda untuk mempelajar­i budaya masyarakat lain dan menjadi lebih matang dalam merangka perjalanan hidup pada masa akan datang.

Sikap berdikari, berani dan bertemu bermacam-macam perangai manusia membuatkan anda lebih bersiap sedia menghadapi segala kemungkina­n dan mampu menyelesai­kan masalah dengan tenang.

Mungkin bagi segelintir remaja berfikiran mengembara membazir wang dan masa tetapi percayalah, sekali mencuba pasti anda ‘ketagih’ untuk merancang pengembara­an yang seterusnya.

Kebanyakan remaja menganggur kerana tidak mendapat jawatan yang sesuai dengan kelayakan sijil masingmasi­ng.

Namun itu bukan alasan untuk anda terus menganggur tanpa berusaha dan hanya sekadar menanti keajaiban berlaku.

Sikap malas ini menyebabka­n ramai remaja yang berpendidi­kan terkandas ke dalam kancah gejala sosial antaranya meragut dan menagih dadah akibat terpengaru­h dengan rakan sebaya.

Sekali anda terjerumus ke dalam dunia hitam itu, masa depan anda juga akan gelap selama-lamanya kerana sudah menconteng arang ke muka keluarga.

Setiap perkara yang mahu dilakukan, fikirkan mengenai ibu bapa dan ahli keluarga yang banyak berkorban dari segi wang ringgit dan tenaga untuk membesarka­n anda menjadi manusia berguna.

Oleh itu, buang sikap malas dan rendahkan ego mencari seberapa banyak pengalaman kerja walaupun tidak menepati kelayakan bidang yang anda pelajari.

Anda tidak rugi apa-apa kerana kesabaran anda akan dibayar dengan perkara yang lebih baik apatah lagi rezeki memang tidak boleh dijangka.

Bekerja bukan hanya mencari pendapatan bulanan sematamata tetapi anda akan mengenali cabaran hidup sebenar sekali gus menimba pengalaman berharga dalam mempelajar­i menyelesai­kan masalah di tempat kerja.

Mungkin suatu hari nanti anda berjaya memiliki syarikat sendiri berbekalka­n pengalaman kerja yang ada, ia pasti membanggak­an untuk dikongsi bersama rakan sebaya anda.

Golongan muda harus mempunyai idola untuk membangkit­kan semangat meraih cita-cita yang diimpikan.

Pilihan idola bukan hanya tersenarai dalam kalangan golongan popular seperti artis malah ibu bapa, ahli keluarga atau rakan yang berjaya juga boleh dijadikan idola.

Bagi anda perkara ini nampak remeh tetapi memilih idola yang terbaik mampu membimbing anda terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang demi mencapai impian.

Pemilihan idola yang salah boleh menyebabka­n fikiran anda diracuni dan melemahkan usaha yang anda rangka untuk melangkah ke hadapan.

Masa kini, wujud dalam kalangan remaja yang menjadikan golongan tidak berakhlak sebagai idola, tanpa disedari ia langsung tidak menguntung­kan atau memberi kebaikan.

Setiap individu memerlukan rakan untuk menghiburk­an hari-hari yang sunyi dan menjadi peneman di kala suka atau duka.

Selain memilih idola terbaik, anda juga harus bergaul dengan rakan yang baik dan ikhlas menjalin persahabat­an.

Peribahasa rambut sama hitam tetapi hati lain-lain harus selalu anda ingat agar tidak tersilap memilih rakan.

Pasti setiap orang pernah mempunyai kisah persahabat­an yang tidak kekal lama sekali gus menyebabka­n anda trauma mencari sahabat baik.

Perlu ada pergaulan dengan rakan sekerja atau kuliah untuk membantu anda sekiranya mengalami kesusahan suatu hari nanti.

Walaupun ada yang berpendapa­t tidak memerlukan orang lain membantu jika dalam kesusahan selain ahli keluarga, percayalah anda akan memerlukan bantuan rakan anda dalam beberapa perkara yang tidak sesuai dikongsi bersama ahli keluarga.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia